Sunday, December 18, 2011

cute

salam



THIS IS CUTE!


Notabuku: Ini adalah Jemuk bersama dengan anaknya..:)

Tuesday, December 13, 2011

technology public phone


salam ceria semua..:)

hampir saja kita menghampiri ke tahun baru 2012..
sedetik demi sedetik waktu berlalu pergi..
kalau waktu2 begini, mak2 lah yang paling sibuk..
sibuk menguruskan anak2 yang nak naik sekolah..
semua kelengkapan mesti nak baru, kalau tak mesti ada anak2 yang mencebik muka..

oo ya, sewaktu aku di shah alam hari tu, aku ternampak sebuah public phone warna hijau..
lerr..kenapa dengan public phone?common things that can be found everywhere what..
tapi this is a rare case for me..sebabnya ini pertama kali aku jumpa public phone yang boleh send sms to other handphone..
ke aku jek yang ketinggalan zaman?
papepun, aku macam jakun sikit bila tau benda ni..
lantas aku meng'snap' sekeping dua gambar untuk dijadikan bukti pengukuhan..
mana tau aku bukan orang pertama yang baru tau kewujudan public phone sebegini..huehue..

suppose i should try to use it at that time..

saja jek nak zoomkan word sms/send ni..:p



notabuku: lepas ni kalau orang tanya, pasti aku boleh berbangga dengan pencapaian diri sendiri..apakah?hihi..


Tuesday, December 6, 2011

Gregor Mendel

salam bahagia semua..:)

pagi-pagi da bersarapan dengan fesbuk, kalau tak dengan fesbuk pun, mungkin dengan world wide web yang lain..
kenyang ke tak aku tak tau..tapi itu yang hari2 kita buat kan? *maybe tak semua :p*
oo ye, tentang experiment, aku belum abes study lagi..
masih berfikir2 betul ke tak crossing over yang aku lakarkan..
kalau tengok tengok balik, aku macam da rosakkan tajuk inheritance kat text book..
aku da cemarkan nama baik Gregor Mendel, gara-gara tak ikut piawaian yang ditetapkan..
dan mungkin juga aku gagal buktikan apa yang aku nak buktikan..
aisyy!

mungkin aku kena belikan bantal peluk untuk si dia ni..


notabuku: jangan mengeluh, jangan putus asa, masih banyak masa lagi untuk buktikannya..:)



Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday..















Alhamdullillah..:)

nota buku: ni ke wordless Wednesday?put the pictures without any single word..is it?ke kena letak satu gambar je?gagaga..



Tuesday, November 15, 2011

crossing over

salam ceria untuk semua..

i have new kids..alhamdullillah..
I'll do some of the genetic testing for them..
make used of what i've learned throughout my undergraduates..
kalau berjaya la..hihi..

mummy

daddy


notabuku: sebenarnya nak buat a simple genetic crossing over jek..bukan genetic testing sangat pun..tak perlukan apa2 DNA untuk mengetesnya..cume nak test betul ke anak2 yang baru dilahirkan itu hasil daripada mereka berdua atau tak..hihi..=p..

i will post the results in a new entry..

Monday, November 14, 2011

=)

assalammualaikum..

it takes a lot of planning and a lot of hard work too..
it takes a lot of caring to make a dream come true..
alhamdullillah..alhamdullillah..alhamdullillah..:)


notabuku: esok bermula episod cerita baru..;)


Saturday, October 29, 2011

mengganas!

assalammualaikum..

salam ceria di pagi sabtu ini..:)

hey its me..people do call me 'mok'..

share with me..please..

i said SHARE!!!grrr..

ha!kan da kena!

notabuku: agak stress semenjak 2 menjak ni..semoga tidak terikut-ikut dengan perasaan sendiri..


Thursday, October 20, 2011

watermelon.

assalammualaikum..


(front side of the drawing)

"is it marbles beside the boy?"
"no teacher!it is a watermelon!"

(back side of the drawing)

"I want to give the painting to you teacher."
from me : chai jun sheng..:)


notabuku: so sweet!




Sunday, October 9, 2011

assalammualaikum..

now i know why the teachers are angry when their students were forgotten to do their homeworks..sigh~



Tuesday, September 27, 2011

sudah bersediakah?

assalammualaikum..

pernahkah anda terfikir untuk berubah?

"aku nak jadi manusia berpagi-pagi.."
"aku tak nak tinggal solat.."
"kalau boleh hari-hari aku nak solat dhuha.."
"setahun sekali aku nak khatam quran.."
"setiap kali keluar rumah aku nak tutup aurat.."
and so on..

tapi apakah usaha yang anda lakukan untuk berubah?

"takpalah, nanti dapat hidayah aku berubah la "
"ala!hari ni lupa solat dhuha la!takpe, esok kan masih ada."
"pagi tadi aku bangun pukul 11am..emm.."
"malam ni tak yah baca quran la..rehat kejap..esok2 boleh baca kan.."
"dekat jek tu,tak yah pakai tudung pun takpe"
and so on..

maka, kemana halanya niat anda untuk berubah..nak tunggu hidayah datang bergolek-golek ke?maaf!Allah pun tak akan menolong manusia yang tak reti nak menolong dirinya...



notabuku: aku nak kahwinn cepatlah!opps!ini bukan ingin berubah..ini gatal namanya!

Saturday, September 24, 2011

Petua untuk hati..

Assalammulaikum..

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
    • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
    • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
    • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
    • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
    copy paste from iluvislam.com

    notabuku: sungguh hati ini sangat sedih..be strong!ini semua dugaanku..sesungguhnya rancangan Allah itu lebih terancang..


    Tuesday, September 13, 2011

    cuma kurang rajin

    assalammualaikum..:)

    salam ceria semua..
    hari-hari duduk rumah sudah cukup membuatkan aku bahagia..
    tak payah nak pergi beli makanan, tak payah nak basuh baju sendiri, tak payah nak cari duit sendiri dan yang penting tak payah nak mengadap report lagi..:)...

    menetap rumah lama-lama pasti ada hasilnya, bukan lemak yang kukumpul..tapi sifat 'kurang rajin' yang semakin menebal dalam diri..bukan tak mahu hilangkan..cuma tak tahu mahu disental guna apa..

    kekadang aku..
    # tidur tanpa menggunakan selimut sebab kurang rajin nak melipatnya esok hari..
    # breakfast dan lunch at the same time, sebab kurang rajin nak basuh pinggan banyak kali..hihi
    # tutup handphone sebab kurang rajin nak megecasnya dan juga kurang duit untuk menop-upnya..
    #basuh baju 2 hari sekali sebab malas nak sidai baju banyak kali..keh3..

    nota buku: ini semua bukan malas, cuma kurang rajin saja ok!

    everyday is holiday at home!:)

    Saturday, September 10, 2011

    fakta menarik atau fakta tertarik?

    assalammualaikum..

    terjumpa sehelai rambut dalam makanan pun sudah cukup untuk mematikan selera..
    apatah lagi menyuapkan makanan yang diperbuat daripada rambut..

    kicap yang pada mulanya dibuat daripada kacang soya telah dibioteknologikan oleh orang china dengan menukarkan kacang soya kepada rambut manusia..
    wow!hebat bukan?sebab rambut adalah salah satu sumber amino acid termurah dan mudah didapati terutama di salon-salon kecantikan..
    tapi hebat ini lain macam, rasa geli tekak nak makan kicap sekarang..
    rambut yang diekstrak akan dijadikan serbuk2 halus yang akan digunakan untuk membuat kicap..
    dan mereka-mereka di China tak akan menjumpai sehelai pun rambut dalam kicap mereka sebab rambut da dijadikan serbuk awal2 lagi..

    macam-macam!

    nota buku: kalau la yang dikutip dari salon tu rambut yang berkutu..tak ke lagi berperisa kicap tu?walla!


    Thursday, September 1, 2011

    sama tapi tak serupa..

    assalammualaikum..

    mereka ada persamaan la!ihihi...:P

    nota buku: Selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin..

    Friday, August 19, 2011

    handsome:)

    assalammualaikum..



    he looks handsome right?

    nota buku: style tangan dia tido mcm dalam solat la..:)


    Wednesday, August 10, 2011

    maaf, aku terlalu emotional

    assalammualaikum..

    tadi aku tak senang hati..nak ke kiri atau ke kanan..ke kiri atau ke kanan..
    mak cik ni kata kena ke kiri..mak cik sana cakap kena ke kanan..
    aisy..selalu aku perhatikan..selalu benar benda ni berlaku..
    kadang-kadang mereka biarkan saja kosong sehingga penamatnya..
    terasa betul hati bila tengok ada lubang-lubang kosong ketika melakukannya..
    berat sangatkah kakinya sehingga malas untuk bergerak ke kiri atau ke kanan?
    tolonglah..tolonglah paham..aku jadi malu sendiri..bukan tak tahu, tapi kadang-kadang saja buat-buat tak tahu..

    tadi sebelah aku kosong..padahal boleh jek diisikan dengan 4-5 orang lagi..bila aku keluar..ternampak rongak-rongak di tengah, di tepi, di sisi..senang cakap di semua bahagian..apekah maksudnya ini?Islam itu memang ajar pentingkan diri ke?*maaf!aku terlalu emosional ketika ini*

    nota buku: oh, mungkin aku salah juga..hanya mampu memandang tanpa bersuara..ingat!engkau juga hanya mementingkan diri sendiri bila engkau berlaku sedemikian rupa..mari sama-sama kita berubah!


    Monday, August 8, 2011

    ketenangan

    Assalammulaikum..

    Ramai orang yg mengaitkan ketenangan hidup dgn faktor harta dan kekayaan..
    Walaupun itu lebih menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segalanya..
    Betapa ramai orang yg berada dalam rumah yg besar, tidur di atas katil yg empuk,
    tetapi lenanya tidak nyenyak, bahkan ada yg tidur di pondok buruk, kadang-kadang lebih lena daripada kita..
    Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-NYA...Dr Mohd Asri Zainal Abidin..


    video

    nota buku: aku perlukan ketenangan..:)

    Wednesday, July 27, 2011

    success!

    assalammualaikum..

    kadang-kadang perjalanan hidup kita ini tak dapat diduga...
    manusia hanya merancang,.,tetapi perancangan terbaik tu kan hanya ada pada Allah..
    sapalah kita untuk menidakkan setiap perancangan yang tercipta tu kan?

    "don't waste your degree!find a job which is suitable with your qualification."

    mak aii..ini yang aku tak gemar bila mana ade bunyi-bunyi camni..
    bukankah kita belajar untuk menimba ilmu-ilmu Allah?
    kalau takde degree pun boleh kerja kan?
    degree tu bukan penghukur kekayaan..apatah lagi penentu kejayaan...
    andai kata pemegang degree belum lagi bekerja dalam tempoh 6 bulan atau setahun pun itu bukan satu masalah..

    sapa kita untuk menidakkan perancangan Allah?


    besarkan saya dengan sekali klik..


    notabuku: betulkan balik niat kita kenapa kita belajar..*ingatan untuk diri-sendiri gak*


    ingatlah kejayaan adalah milik setiap insan..:)


    Friday, July 15, 2011

    wanita itu kejam betul!

    assalammualaikum..

    sudah hampir 3 minggu berkampung di rumah..
    masyaAllah, persekitarannya hanya Allah yang tahu..seronok sampai berguling-guling jek atas katil..
    oh ya, pernah dengar tak wanita 'vampire'?atau dengan erti kata lain wanita terkejam dalam sejarah..
    aku terbaca benda ni kat majalah infiniti..tak tahu nak gelar infiniti tu majalah atau buku sebab dia ala-ala mastika..
    wanita ini teramat taksub untuk menjadi cantik sehinggakan sanggup untuk membunuh 650 anak dara..
    wow!kalau aku kat zaman tu mesti aku pun salah satu mangsanya..




    Elizabeth Bathory, seorang ahli bangsawan *tetibe bergetar lak nak tulis nama dia*..start membunuh anak dara ketika dayangnya tersilap sikat rambutnya lalu menyebabkan rambutnya tertarik..
    dan-dan si Elizabeth ni duk tampor dayangnya tu sampai mati..wooo!lepas tu entah angin ape entah, Elizabeth nampak darah dayang yang mengalir tu macam sangat enak dan menggunakan darah untuk mandi..
    sambil dia berendam kat bath tub yang penuh darah tu, dia menyedut darah2 tu..walla!

    so setat dari situ, dia merasakan darah anak dara adalah ramuan yang paling berkesan untuk menjadi cantik..sehinggalah mangsa anak dara berjumlah 650 orang..can u imagine that?dipendekkan cerita, berita tentang kehilangan ramai anak dara tersebar dan las2 sekali Elizabeth ni dipenjarakan sampai mati..nak direjam tak boleh, sebab dia ni golongan bangsawan..penjaranya semua die tutup dengan simen dan hanya ada satu lubang jek yang dibiarkan terbuka untuk bagi makanan..


    nota buku: aku nak siang ikan pun lari-lari lagi..bukan apa, aku takut aku jadi cam Elizabeth nanti, nampak darah terus nak menghirup..hihih..

    Tuesday, July 5, 2011

    pelat

    peace be upon you..

    toleh kanan, toleh kiri, toleh depan, toleh belakang..toleh ke semua arah dengan harapan idea datang bergolek-golek untuk buat resume..
    napa payah benar nak buat kerja bila berada di rumah ya?
    tahap pemalas aku makin meninggi di rumah sampai nak mandi pun aku taknak..hihi..
    hey hey..mane mungkin aku tak mandi..kang tak pasal-pasal kena pelangkung dengan mak aku kang..

    cakap pasal mandi, suatu ketika dulu, aku ni pelat orangya..*pelat=sebutan tak berapa lancar*
    every single word yg aku keluarkan dari mulut, mesti kena gelak punye..
    nak-nak dengan budak lelaki..tapi time tu apelah yang aku tau..lurus betul!
    dulu-dulu time nak mandi, aku mesti cakap camni..

    "mak ndak!mak ndak!kite nak 'mati'..kite nak 'mati' dengan nadhirah"..*the correct word is mandi*..can you see the difference?walla!

    notabuku: time kecik-kecik dulu, asal tengok kambing jek mesti aku jerit..."kapin!kapin!"sambil terkinja-kinja macam orang gila..

    jangan segan-silu untuk senyum-senyum 'kapin'


    Monday, July 4, 2011

    sarawak's trip with monashians

    peace be upon you..

    5 days 4 nights in sarawak with monashians was very awesome!
    dengan ongkosnya yang berpatutan sapa tak mau pergi kan?
    flight pergi balik dalam rm108 jek with luggage, accomodations for two hotels only rm 150..(tune hotel + arief hotel)..


    pusat hidupan liar semenggoh

    orang utan di semenggoh..

    culture village sarawak..rugi if sapa-sapa pi sarawak tak singgah this place..sangat menarik, tertarik and de bomb!

    see the height!..sangat-sangat tinggi rumah di sana..

    the performance in sarawak culture village..memang aku rase tak mahu keluar dari dewan tu..

    so called 'jambatan' for some of the ethnic in sarawak..gayat weh!

    nice view from sarawak culture village..nanti akan ku bawak anak cicitku ke sini nanti..hihi..gatal!

    muzium etnologi from outside..


    a bit censored..izmil tak senonoh!

    tune hotel's cafe

    this is pasar satok! so colourful rite?

    cat statue

    again, pasar satok..looking for the souvenirs..

    mamat ensem di pasar satok, oh wait!si penjual ok!dia sangat peramah..

    wow!sangat rambang mata..kalau ade lebih budget, da lama aku borong semua..

    war memorial park!cantik bangat sihh viewnya..

    one word for sarawak... wow!!!

    notabuku: sila cuti-cuti malaysia dulu sebelum bercuti ke negara orang lain..sapa kata malaysia tak kaya dengan tempat pelancongan?


    Saturday, June 18, 2011

    bioethics


    assalammualaikum...

    kadang-kadang manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..
    yang lelaki mahu jadi perempuan..
    yang perempuan mahu jadi lelaki..
    tapi ingatlah bahwa:

    "your looks and words may lie, but your GENES always tell the truth"

    ce terangkan sikit..sampai laaaa ni aku tak paham maksud dia..


    notabuku: "just the way you are by Bruno mars" is the best song to appreciate yourself for who you are right now..


    Tuesday, June 14, 2011

    smelly

    peace be upon u..


    everything is smelly because of the bacteria..


    nota buku: ceh!padahal sendiri yang tak mandi..
    eh, bukan aku..itu jiran depan rumah aku punye perangai..




    Monday, June 13, 2011

    positif!

    peace be upon u..

    2 minggu ni bakal berlalu dengan cepat..
    percayalah masa tak pernah menunggu kita..
    malah ianya akan memotong kita kalau kita berada dalam keadaan leka..

    positif!sila yakin dengan diri!


    besarkan saya dengan sekali klik..


    nota buku: 4 papers ni buat aku lebih menghargai masa..cehh..dan2!

    Wednesday, June 8, 2011

    doa dhuha

    in the name of Allah..

    Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
    Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
    Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
    Perlindungannya perlindungan-Mu...

    Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
    Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
    Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

    Berkat waktu dhuha
    Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
    Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
    hamba-hamba-Mu yang soleh..

    notabuku: doa dhuha by UNIC


    Monday, June 6, 2011

    kalau engkau mahu, engkau kena berusaha tau!

    peace be upon u..

    bila mana minggu study week da mula, makin ramailah student mengasingkan diri masing-masing..
    nak ada privacy katanya..
    kadang-kadang sampai teman serumah pun jarang berjumpa..
    maka aku pun teringin gak nak mengasingkan diri dari kehidupan facebook..
    nak tengok sejauh mana kekuatan dalaman aku untuk tidak meng'log in' facebook buat seketika..
    berjaya ke tidak, itu belakang kira..

    puasa berfesbuk sat


    sekarang baru 5 jam aku deactivate laman sosial tu..
    nampak macam ada tanda positif la!tak teringin langsung nak bukak..hihihi
    mintak2 berlanjutan sampai abes final exam..
    so masa yang selalu aku peruntukan untuk fesbuk boleh la diagih-agihkan ke benda lain..
    terasa 24 jam sehari itu lebih lama tanpa fesbuk..
    tak percaya?cubalah!

    oh ya!
    terkesan betul bila dengar kata sahabat semalam,
    "hidayah Allah itu kita kena cari, bukan mengharapkan hidayah tu yang datang kat kita..memang betul Hidayah itu milik Allah, dan Allah berhak memberikan kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki..tapi kita kena tahu, orang macam manakah yang Allah akan bagi hidayah tu?tanpa usaha mana mungkin akan diberi begitu sahaja melainkan dengan kehendaknya"

    nota buku: stop from saying, "nak buat camna, hidayah tak sampai lagi"

    Tuesday, May 31, 2011

    jangan malas

    peace be upon u..

    Monash is in SWOT VAC week!- Study Without Teaching Vacation week atau dengan bahasa yang biasa digunakan, study week...

    jangan malas, jangan mengeluh, jangan leka kalau mahu berjaya..:)

    "Wahai orang-orang yang beriman!mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar" (2:153).




    notabuku: kadang-kadang study week adalah masa yang sesuai untuk top up tido sebelum-sebelum ni..hihi...haiip!jangan malas!

    Wednesday, May 25, 2011

    legal but unethical

    in the name of Allah..

    legal = berkaitan dengan undang-undang ataupun law..
    ethical= moral atau berkaitan dengan akhlak

    legal but unethical:
    1) pekerja menggunakan internet di dalam waktu bekerja untuk hal peribadi..
    2) abortion atau pengguguran bayi untuk first-trimester-certain country allowed it but some of the country might refused it..its all about your ethical..
    3) ponteng lecture- tak masuk jail pun kalau ponteng lecture..tapi tak baik diamalkan selalu..

    illegal and unethical
    1) meniru atau plagiarism- sesetengah universiti amat sensitive dengan isu ini..kalau ditangkap meniru, naya jek kena buang uni..so, prevent plagiarism through turnitin..train yourself not to copy others work!
    2) segala jenis jenayah-termasuklah si acidman yang duk sembur-sembur acid kat muka orang..aisy, ingat hang buat experiment ke?
    3) mencabul hak asasi manusia-jangan duk sibuk nak amek hak orang tak tentu pasal..kang tak pasal-pasal masuk court..



    wikispace.com


    nota buku: hak Allah pun kita kena jaga..tunaikan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang secara TOTALNYA..

    Tuesday, May 24, 2011

    memang perlukan banyak kesabaran

    The German Research Foundation (DFG)

    salam ceria semua..

    memang betul kata orang, bidang penyelidikan ini banyak cabaran dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..
    di Malaysia sendiri, bidang ini dipandang remeh oleh segelintir masyarakat..kerana apa?research memerlukan banyak modal aka duit..dan belum tentu akan dapat hasilnya dalam masa yang singkat..bak kata sesetengah orang yang berfikiran jumud, mereka akan berkata,

    "mana ada lagi peluang pekerjaan dalam bidang biotek ni..dulu, time Pak Lah pegang bolehlah..sekarang mana ada lagi"

    aisy, macam nak ketuk2 jek mulut orang yang bercakap tu..

    sebab tu Malaysia tak maju-maju..kalau asyik nak dapat hasil dalam masa yang singkat jek..mane dapat bhai!..mana ada pelaburan tanpa risiko..ye tak?

    tengok saja German dengan negara Eropah yang lain..institusi penyelidikan mereka bukan saja gah malahan mampu menaikkan taraf ekonomi mereka..mereka bekerja bukan takat 2 tahun dan terus dapat hasil..they spend most of their time in laboratory..ada yang kadang-kadang menjadikan lab tu tempat tidur mereka..they're very passion with their research..yup PASSIONATE!

    jangan assume 2 tahun buat research terus dapat NOBLE price..aisey, scientist dulu ada yang da mati kot baru dapat anugerah..

    Malaysia, please la!naikkan taraf penyelidikan kita..ekonomi negara banyak rugi sebab asyik import jek barang2 dari luar negara..padahal kita punya bakat, kebolehan untuk mencipta sendiri..

    nota buku: padahal aku nak tulis pasal experiment aku.. almost 12 weeks I spend my time in the lab semata-mata nak dapatkan DNA amylase yang seciput tu jek..tapi apakan daya, experimentku tak berhasil..satu band pun tak dapat masa kat SDS-PAGE..hampa!(cakap jek lebat tadi)

    tengok!satu band pun tarak!

    anda terpilih untuk memilih

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...