Friday, February 19, 2010

REZEki BuRUng


memule tgk tajuk ni x tau ape yg nak direlatekan..
so teringin la nak tau ape agaknye rezeki burung ni..
tajuk for al kuliyah for dis week..
mmg bes discussionnye..
rupe2nye psl rezeki n konsep tawakal kite kepd Allah..
konsepnye seperti burung yg keluor pg2 dgn perut yg lapo..
n balik wktu ptg ngan perut yg kekeyangan..
berterbangan mencari rezeki..

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .

Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah ,

nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

20 amalan menambahkan rezeki.. (InsyaAllah)

1. menyempatkan diri utk beribadah

2. memperbanyak istighfar

3. tinggalkan perbuatan dosa

4. sentiasa mengingati Allah.

5. berbakti n mendoakan ibu bapa

6. berbuat baik n menolong orang yang lemah

7. tunaikan hajat orang lain

8. banyakkan berselawat

9. buat kebajikan banyak2

10. berpagi2 (memulakan aktiviti selepas solat subuh jemaah adalah amalan yg berkat)

11. manjalini silaturrahim

12. melazimi kekal berwudhuk

13. bersedekah

14. bertahajud

15. melakukan solat dhuha

16. sentisa bersyukur kepada Allah

17. mengamalkan zikir n ayat alquran tertentu

18. berdoa



19. berikhtiar

20. bertawakal (sentiasa bersangka baik dgn Allah)


Hakikatnya..

untuk menambah rezeki n memperoleh keberkatan darinya,

sentiasa kite berbuat amalan2 takwa..

krn dgn bertakwa, menjadi sebab Allah menjadi syg ngan kita..

lalu Allah akan melimpahi hamba2 nya ngan keluasan rezeki..


p/s: ihsan daripada al kuliyah n peribadirasullullah's blog..


No comments:

Post a Comment

anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...