Tuesday, September 27, 2011

sudah bersediakah?

assalammualaikum..

pernahkah anda terfikir untuk berubah?

"aku nak jadi manusia berpagi-pagi.."
"aku tak nak tinggal solat.."
"kalau boleh hari-hari aku nak solat dhuha.."
"setahun sekali aku nak khatam quran.."
"setiap kali keluar rumah aku nak tutup aurat.."
and so on..

tapi apakah usaha yang anda lakukan untuk berubah?

"takpalah, nanti dapat hidayah aku berubah la "
"ala!hari ni lupa solat dhuha la!takpe, esok kan masih ada."
"pagi tadi aku bangun pukul 11am..emm.."
"malam ni tak yah baca quran la..rehat kejap..esok2 boleh baca kan.."
"dekat jek tu,tak yah pakai tudung pun takpe"
and so on..

maka, kemana halanya niat anda untuk berubah..nak tunggu hidayah datang bergolek-golek ke?maaf!Allah pun tak akan menolong manusia yang tak reti nak menolong dirinya...



notabuku: aku nak kahwinn cepatlah!opps!ini bukan ingin berubah..ini gatal namanya!

Saturday, September 24, 2011

Petua untuk hati..

Assalammulaikum..

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
    • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
    • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
    • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
    • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
    copy paste from iluvislam.com

    notabuku: sungguh hati ini sangat sedih..be strong!ini semua dugaanku..sesungguhnya rancangan Allah itu lebih terancang..


    Tuesday, September 13, 2011

    cuma kurang rajin

    assalammualaikum..:)

    salam ceria semua..
    hari-hari duduk rumah sudah cukup membuatkan aku bahagia..
    tak payah nak pergi beli makanan, tak payah nak basuh baju sendiri, tak payah nak cari duit sendiri dan yang penting tak payah nak mengadap report lagi..:)...

    menetap rumah lama-lama pasti ada hasilnya, bukan lemak yang kukumpul..tapi sifat 'kurang rajin' yang semakin menebal dalam diri..bukan tak mahu hilangkan..cuma tak tahu mahu disental guna apa..

    kekadang aku..
    # tidur tanpa menggunakan selimut sebab kurang rajin nak melipatnya esok hari..
    # breakfast dan lunch at the same time, sebab kurang rajin nak basuh pinggan banyak kali..hihi
    # tutup handphone sebab kurang rajin nak megecasnya dan juga kurang duit untuk menop-upnya..
    #basuh baju 2 hari sekali sebab malas nak sidai baju banyak kali..keh3..

    nota buku: ini semua bukan malas, cuma kurang rajin saja ok!

    everyday is holiday at home!:)

    Saturday, September 10, 2011

    fakta menarik atau fakta tertarik?

    assalammualaikum..

    terjumpa sehelai rambut dalam makanan pun sudah cukup untuk mematikan selera..
    apatah lagi menyuapkan makanan yang diperbuat daripada rambut..

    kicap yang pada mulanya dibuat daripada kacang soya telah dibioteknologikan oleh orang china dengan menukarkan kacang soya kepada rambut manusia..
    wow!hebat bukan?sebab rambut adalah salah satu sumber amino acid termurah dan mudah didapati terutama di salon-salon kecantikan..
    tapi hebat ini lain macam, rasa geli tekak nak makan kicap sekarang..
    rambut yang diekstrak akan dijadikan serbuk2 halus yang akan digunakan untuk membuat kicap..
    dan mereka-mereka di China tak akan menjumpai sehelai pun rambut dalam kicap mereka sebab rambut da dijadikan serbuk awal2 lagi..

    macam-macam!

    nota buku: kalau la yang dikutip dari salon tu rambut yang berkutu..tak ke lagi berperisa kicap tu?walla!


    Thursday, September 1, 2011

    sama tapi tak serupa..

    assalammualaikum..

    mereka ada persamaan la!ihihi...:P

    nota buku: Selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin..

    anda terpilih untuk memilih

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...