Wednesday, November 27, 2013

makanan seimbang

salam bahagia semua..:)

bak kata kawan aku, kalau fizikal engkau nak makan nasi, rohani engkau pun mesti mahukan sesuatu..
da bagi belum kat keperluan rohani?
cuba start dengan sesuap makanan untuk rohani dulu..
istiqamah..
lama lama pasti engkau mahu bagi lebih kat rohani engkau..
selebih seperti engkau bagi makanan kat jasmani..
mari kita cuba..kalau 5 kali waktu makan untuk perut, why not kita cuba 5 kali makan untuk rohani jugak..
tak percaya dia boleh seimbangkan kehidupan engkau?
ha! moh la kita try!
pasti engkau akan berterima kasih kat aku nanti...hehe..:)




nota buku: keseimbangan sosial dalam kehidupan?sebenarnya tak payah bersosial pun masih bole seimbang dalam kehidupan..kita hanya perlu menjadi orang yang tahu dan mengambil tahu... tapi janganlah sampai jadi mak cik joyah untuk ambil tahu lebih2..tapi yang pasti kalau kita seimbangkan rohani dan jasmani, mesti kehidupan kita akan lagi seimbang dunia dan akhirat..tak gitu?hehe..


Sunday, July 21, 2013

Why do I love my job

Salam ramadhan semua,

Da hampir separuh bulan kita berpuasa..harap harap matlamat dan cita2 kita untuk menjadi lebih baik akan tercapai dalam bulan ni..ayuh berusaha semua..yosh!
lagi satu bulan aku bakal meninggalkan bidang kerjaku yang sekarang..
tipulah kalau aku kata tak sedih kan, tapi takpe, Allah da cipta perjalanan hidup yang lebih baik untuk aku..InsyaAllah..sentiasa yakin dengan perancangan Allah..:)

entah bila aku akan dapat keje yg secool dan sebest ini..
# takde punch card
# bos, senior semua SANGAT SANGAT baik.
# takde perbezaan kaum kat sini, semua orang sama..
# keje sikit & relaks, gaji, Alhamdullillah
# pergi harvesting!tengok orang beranak natural, caesar, meneran, doktor hensem, semualah!
# claim OT dengan harvesting banyak!hewhewhew
# cuti banyaakkkk! senang nak apply cuti..=D
# semua labmate perempuan..senang nak pi masuk labour or operation room..:)
# ruang keje yg kondusif..gituu!tak ramai orang, tak sesak. satu shift 2 orang jek..satu lab 7 orang jek semua..=D
#banyak masa menunggu sample sampai dari masa membuat keje..hihi
# kalaulah, kalaulah keje ni mmg kat jb, memang aku tanak berhenti..serius!


salah satu sebab nak berhenti dengan rela hati sebab duduk jauh dengan family.. sebelum kahwin adalah salah satu masa yang terbaik untuk duduk dekat dengan family..nak2 perempuan..
sebab lepas kahwin, kita tak tau ke mana husband kita bakal melarikan kite..eh?
so, I decided to resign.stay with parents and find a new job & experiences.

notabuku: I really love my job. hopefully I can get  better opportunities with the other company. Amin.Amin..Amin..doa banyak banyak..Allah suka dengar orang orang yg berdoa ni..yok!


                                                                  steve jobs #quoted

Thursday, May 9, 2013

Fenomena orang beranak

Salam bahagia semua,

bekerja ditempat darah amat menakutkan..pak guard kata malam2 mesti dia rasa ada 'something' kat dalam lab..mungkin 'benda tu' tengah menghisap darah kot..=P
ada satu hari, entah macam mana plasenta dibawak ke lab..sepatutnya kami nak darah tali pusat jek.. tapi disebabkan tak dapat darah tu, logistic bawak balik plasenta..mana kami bole buat apa apa!ceh!
dan waktu itu la, pak guard rasa lain macam itu lebih teruk..sepertinya ada benda yang mengejar plasenta tu, isy!bikin wa risau jek kalau duk sorang2 kat lab..
tapi apa yg pak guard cakap tu make sense jugak, mungkin darah tu makanan 'dorang' kan?hihi..redha jek la..

oo ya,da lama nak cerita pengalaman masuk labour room untuk mak mak yg melahirkan anak anak dia secara normal...takut!gerun!seram!sakitttt!semua tu aku rasa kotttt..
menunggu bukaan 'lorong' untuk baby tu keluar amat lama..nak nak lagi melahirkan anak yg pertama..
1 jam untuk setiap cm..the worst case sampai jadi 3 jam untuk setiap bukaan 1 cm..
kami kena standby once the dilation tu da reach 5 cm, dan kena tunggu lagi 5 jam untuk dia beranak..
by 5cm, kena rushing pi hospital, tunggu punye tunggu macam sendiri yang nak beranak..lama kot!
kena tunggu sampai 10 cm, baru boleh masuk labour room..

bila da masuk labour room tu, Allah!menggigil tengok bukaan tu..dan sangat kesian tengok si maknya.
si mak tadi dengan penuh gigih meneran kasi anak dia keluar cepat..tapi takde la sama macam drama kat tv tu..takde pun dorang jerit sebegitu rupa.. #drama betul!

and 'plup', kepala baby da keluar!

lepas baby keluar, darah & air ketuban plak mencurah curah..banyak weh!banyak sangat darah yg keluar..
bila baby da keluar, time tu la doktor panggil untuk amek darah tali pusat baby..i can see everything..wow!incredible!subhanaAllah..

lepas da setel, doktor akan jahit semula bukaan tu..ok!nampak mcm mak dia sangat relaks, tapi sebenarnya sakit kottt..cara jahitannya mcm sama jek nak jahit baju..mungkin doktor jahit jelujur jek kot..=P




notabuku: sama ada beranak secara normal ataupun secara pembedahan, 2-2 sangat menyakitkan..hargailah ibu ibu anda..selamat hari ibu mak!saya nak adik lagi! #hewhewhew



Tuesday, April 9, 2013

kenapa air laut masin?

salam bahagia semua..

satu bulan satu entry hampir hampir berjaya..
tadi mak may tanya kenapa air laut masin?
sebenarnya aku pun tak berapa pasti kenapa air laut tu masin sangat..
yang aku cuma tau garam banyak sangat kat  laut..sebab tu air laut sangat masin..
tapi secara teorinya aku ada google tadi..

pasti semua orang tertanya , mana datangnya garam kat laut tu?
sebenarnya garam garam minerals terhasil dari hakisan batu dekat sungai..
air sungai yang mengalir akan membawa sekali garam2 yg terhakis tu..
end point air sungai yang mengalir tu mmg ke laut..:)
sebab tu banyak garam terdampar kat laut..
hasil pemeluwapan yang tinggi dekat laut menyebabkan air laut sangat masin..

"kenapa air sungai tak masin plak?" tanya si kawan tadi..

yang ini aku tak mengkaji lagi..tapi mungkin secara logik akalnya air sungai sentiasa mengalir..
sebab itu air sungai tak masin sedangkan batu batu yang ada garam minerals ada dekat sungai..
ajaib kan?subhanallah..

dulu dulu aku suka mandi dekat pantai lido..ala, yg sempadan antara johor bahru dengan singapore tu..setiap kali aku mandi mesti aku tnye dengan adik aku..time tu masih kecik..darjah darjah mungkin.

"weh weh weh, jangan la mandi kat tengah tengah..nanti buaya terkam kita!"

"oit!dalam laut mana ada buaya!"

notabuku: sejak tu, aku mmg tanak mandi lagi sebab aku tau kalau takde buaya kat laut pun, mungkin jaws ada kat situ..siapa tahu kan?







Sunday, February 24, 2013

over a year

salam..

compilations of the pictures throughout the year..


kat sinilah darah darah tu aku kerjakan sampai sakit pinggang..lepas ni nak suro bos tukar kerusi ke kerusi yg boleh urut2 tu 


tu tu..penuh syringe kat atas meja..


 sebenarnya aku banyak termenung dari buat keje..nah!ini buktinya..



she's look like very concentrate doing her work..but its not applicable at all times.=P

lab coat tu aku guna time sejuk jek..kalau letak kat kerusi maknanya aku panas la tu


bukan kat sekolah jek ada whiteboard..kat tempat kerja pun ada jugak..tapi marker selalu jek kering..ceh!


meja untuk mengumpat..keh3


aku tak suka nak lrt..benci..ramai orang..semua muka mesti nak stress


penuh nota nota cinta..tapi sikit pun aku tak amek peduli


ni tempat letak ubat gigi..kenapa ada kat lab, aku pun tak tau..

octo!kalau stress sila pandang dia..nanti ko pun akan senyum sama..percayalah!


1 da pindah..tinggal lagi 6 orang..lepas ni 5 orang, 4, 3, 2, 1..keh3

notabuku: da setahun 2 bulan..bila aku nak balik johor bahru ni?




anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...