Sunday, November 14, 2010

seriusnye entry engkau

salam..

jika di zaman persekolahan dulu jumlah 'A' menjadi rebutan pelajar (aku jua begitu)..
tetapi bile umur semakin meningkat, semakin matang pemikirannye,
barulah engkau sedar ia tidak menjanjikan apa2 di masa depan..
kumpullah sebanyak mane 'A' yg engkau mahu pun..ia tetap tidak menjanjikan mase depan yg cemerlang..
malahan kadang2 membawa kepada riak...(kdg2 aku pun terase begitu..x bagus betul!)
tapi itu bukan bermakna engkau tidak perlu berusaha..tetapi jgn terlalu taksub utk mengumpul ''A' sampai engkau terlupa kenapa manusia itu diciptakan didunia..
jangan engkau leka dgn permainan dunia sehingga engkau lupe tanggungjwb yg mmg sudah lama diamanahkan kepadamu..
jangan engkau terlalu berkejar-kejaran dengan ilmu dunia sehingga engkau terpedaya dengannye..
bukankah engkau mahu mengejar syurga Allah?

bukankah engkau mahu berdampingan dengan bidadari2 yang bundar matanya, lembut pekertinya, cantik budi bahasanya, terlalu sempurna sifatnya sehingga engkau tidak sanggup utk mengelipkan mata walau sesaat pun..

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
70: surah ar-rahman

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.”
48 : as-Saffat

“Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

bukankah engkau mahu dikelilingi dengan anak2 muda yg tetap muda umurnye, tampan dan segak bergaya sehingga engkau tidak jemu untuk menatap wajahnya..

'Dan di sekitar mereka ada anak-anak muda yg berkeliling utk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yg tersimpan".(At-Tur: 24)

dan bukankah yang menjadi matlamat utama engkau untuk melihat Allah di sana?

saat ini, minit ini, jam ini, islam sudah semakin larut..
larut dengan anak2 muda yg hanya ada islam pada nama..
hanyut dengan teknologi2 yg semakin membangun..
'dunia di hujung jari' klik saja, tekan saja, semuanya sudah terpancar..
dan saat itulah baru engkau menyedari yg teknologi akan memusnahkan diri engkau dengan hanya sekelip mata..


sudah cukupkah amalan engkau untuk membeli tiket menuju ke syurga kelak?
sudah cukupkah?
sudah cukupkah?


betul-betul sewel ke korang ni? (sekadar hiasan)


p/s: sebenarnya aku nak tulis pasal broga hill..tapi kenapa menulis ke entry yg lebih serius ni?


No comments:

Post a Comment

anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...