Showing posts with label azianazman. Show all posts
Showing posts with label azianazman. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

terasa

salam semua..:)

hari ini masuk keje lambat, almost 30 minit lewat masuk keje..
bukan aku sengaja nak masuk lambat-lambat, tapi gara-gara public transport, aku TERlambat..hihi:P
actually aku rasalah, aku rasalah kan, tak kisah pun masuk keje lambat kat company aku tu..aku cume raselah..tapi tak tau la betul ke tak perasaan aku ni..
sebabnya, pagi-pagi tu jarang sekali ada sample yang kena proses..
so memang pagi-pagi memang terasa lapang jiwanya, tak perlu nak berebut-rebut nak pegi keje bagai.
tapi aku merasakan perasaan ini tidak elok untuk diikuti selalu..
bukan apa, aku rasa macam tak berkat pulak hari-hari masuk keje lewat, tapi gaji kita dapat penuh..
emm..melainkan aku ni seorang bos yang membayar gaji pekerjanya..
tapi aku ni hanyalah seorang pekerja sahaja..
pekerja yang mengharapkan duit bulan-bulan masuk ke dalam akaun sendiri..





dan tadi aku terasa terkesan sekali bila terbaca kat satu ayat al-quran ni..:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu amat pedih" (14:7)

aku merasakan ini adalah teguran Allah untuk diriku..Alhamdullillah..:)

notabuku: aku rasa kalau lambat sebab masalah public transport yang kejenya asyik nak delay-delay jek tu maybe boleh dipertimbangkan...hihi..:P

Sunday, March 18, 2012

semoga..:)

salam..

pernah tengok tak seorang ibu duk kendong-kendong anaknya?
dan pernah tengok tak seorang ayah duk dukung-dukung anaknya?
emm..dua-dua aku biasa tengok..dan aku yakin korang korang pun biasa jugak tengok kan?
tapi yang aku tak biasa tengok ialah apabila saat-saat sang anak dikeluarkan dari perut ibunya..
oo tetibe pulak aku cakap macam ini..bukan apa, tadi aku ada harvesting dekat sunway medical centre..
bilamana ada harvesting, kami2 kena pergi ke hospital tu untuk amek cord blood tu masa si ibu keluarkan baby dalam perut atau dengan bahasa laymannya 'beranak'..
first time masuk operation room, rasa macam aku plak yang nak terberanak..
nerbes bukan main, padahal bukan engkau yang kena keluarkan baby tu..
but what i'm going to say that it is not easy to give birth ..YUP!IT IS NOT EASY OK!
tadi deliver secara operation, so memang maknya kena bius awal-awal..
dan bilamana si doktor start untuk memotong perut si mak, aku da tak larat nak pandang..
takut bukan main, terasa macam perut aku yang kena siat..
apabila perut tu da dibelah, agak-agak da macam boleh keluarkan si anak tadi, dan-dan doktor tu tarik-tarik kepala si anak tadi...*macam aksi bukak paip pun ada (kena pulas a bit untuk tarik)..

itu baru deliver secara operation..kalau secara normal lagi la menggerunkan..
darah mencurah-curah mengalir masa baby nak keluar..
ok, tak dapat nak dibayangkan..
sila persiapkan diri anda wahai wanita..:)



notabuku: semoga dapat suami yang memahami..*tetibe*


Thursday, March 15, 2012

i got the feeling

salam ceria semua..:)

aku da tengok sunny!gembira?sedih?marah?silalah tengok sendiri kalau nak tau endingnye..
overall the movie is quite nice, a lot of moral values can be used it in daily life..
korang pernah rasa tak perasaan yang tak dapat nak digambarkan?
nak kata happy, macam sedih, nak kata sedih sangat, tak de la gak..
perasaan bercampur-baur atau mungkin bercampur-campur? arghhh! aku da tak kisah, sebab aku tak tau nak huraikan macam mana..

notabuku: aku nak tido! mungkin esok-esok perasaan aku jadi normal balik..


Sunday, March 4, 2012

hujung minggu


salam ceria semua..:)

biasanya hujung minggu memang waktu orang bercuti kan?
tapi entah kenapa tempat aku bekerja memerlukan pekerja pada hujung2 minggu..
mahu bertanya tapi aku takut hendak bersuara..
takut2 kena terus buang keja..*ape kejadahnya fikir sedemikian rupa?*
tapi setelah banyak kali berfikir..
barulah aku dapat penyelesaiannya..
memandangkan tempat aku bekerja memerlukan darah baby daripada ibu yang baru lepas bersalin (cord blood)..*for the stem cell isolation*
maka memang patutlah aku kena kerja pada hujung2 minggu.
iyelah, orang bersalin kan tak kira masanya, kalau memang da nak keluar babynya, mana mungkin dapat ditahan-tahan lagi kepalanya..
bila mana sample (darah) tu da sampai kat lab, so, memang kena proses cepat2lah within 24 hours tu..
dengan itu barulah aku paham kenapa kami kena kerja hujung2 minggu..*lepas ni da tak boleh nak dating lagi*


this is actually what we do with the cord blood..*besarkan saya dengan sekali klik*


notabuku: dating dengan bantal peluk hujung2 minggu itu memang rutin mingguanku..lepas ni aku memang kena berkorban..iye, aku rela berkorban!:)


Saturday, February 18, 2012

selamat hari lahir umie!!!

salam ceria..:)

selamat hari lahir umie..
semoga bertambahnya umur, makin bertambahlah iman di dada..
semoga dimurahkan rezeki, diberkati perjalanan hidupnya di dunia dan diakhirat..
semoga ukhuwah kita semakin mantop ya..
last but not least..semoga cepat kawen!

kita kawan sampai mati ok?

preparation..

SURPRISE!!!

nota buku: kawan2 adalah cerminan diri sendiri..pilih kawan2 yang baik saja ok?



Friday, February 3, 2012

eh, tertinggal..

salam ceria semua..

bulan februari da kunjung tiba,
sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan masa bulan januari..
tapi disebabkan bekalan internet dekat rumah sewa belum lagi dilanggan, maka memang tidak menyempat la nak tulis entry segala..
so, secara otomatiknye aku terlangkah bendul untuk entry bulan januari lepas..*eh, boleh guna ke istilah langkah bendul kat ayat ni?*

sekarang bukan masa lagi untuk bermain-main..
semakin meningkat umur, semakin banyak pulak tanggungjawab yang perlu dipikul.
tambah-tambah lagi aku sudah berada di fasa yang baru..emm..a bit challenging i think..
tapi pengalaman inilah yang bakal aku usung untuk tahun-tahun akan datang..:)

opps, bukan fasa yang ini..

TAPI,

yang ini..:)


nota buku: sebenarnya banyak benda yang nak disharekan, tapi semuanya aku da lupa..=P


Sunday, December 18, 2011

cute

salam



THIS IS CUTE!


Notabuku: Ini adalah Jemuk bersama dengan anaknya..:)

Tuesday, December 13, 2011

technology public phone


salam ceria semua..:)

hampir saja kita menghampiri ke tahun baru 2012..
sedetik demi sedetik waktu berlalu pergi..
kalau waktu2 begini, mak2 lah yang paling sibuk..
sibuk menguruskan anak2 yang nak naik sekolah..
semua kelengkapan mesti nak baru, kalau tak mesti ada anak2 yang mencebik muka..

oo ya, sewaktu aku di shah alam hari tu, aku ternampak sebuah public phone warna hijau..
lerr..kenapa dengan public phone?common things that can be found everywhere what..
tapi this is a rare case for me..sebabnya ini pertama kali aku jumpa public phone yang boleh send sms to other handphone..
ke aku jek yang ketinggalan zaman?
papepun, aku macam jakun sikit bila tau benda ni..
lantas aku meng'snap' sekeping dua gambar untuk dijadikan bukti pengukuhan..
mana tau aku bukan orang pertama yang baru tau kewujudan public phone sebegini..huehue..

suppose i should try to use it at that time..

saja jek nak zoomkan word sms/send ni..:p



notabuku: lepas ni kalau orang tanya, pasti aku boleh berbangga dengan pencapaian diri sendiri..apakah?hihi..


Tuesday, December 6, 2011

Gregor Mendel

salam bahagia semua..:)

pagi-pagi da bersarapan dengan fesbuk, kalau tak dengan fesbuk pun, mungkin dengan world wide web yang lain..
kenyang ke tak aku tak tau..tapi itu yang hari2 kita buat kan? *maybe tak semua :p*
oo ye, tentang experiment, aku belum abes study lagi..
masih berfikir2 betul ke tak crossing over yang aku lakarkan..
kalau tengok tengok balik, aku macam da rosakkan tajuk inheritance kat text book..
aku da cemarkan nama baik Gregor Mendel, gara-gara tak ikut piawaian yang ditetapkan..
dan mungkin juga aku gagal buktikan apa yang aku nak buktikan..
aisyy!

mungkin aku kena belikan bantal peluk untuk si dia ni..


notabuku: jangan mengeluh, jangan putus asa, masih banyak masa lagi untuk buktikannya..:)



Wednesday, November 30, 2011

wordless wednesday..















Alhamdullillah..:)

nota buku: ni ke wordless Wednesday?put the pictures without any single word..is it?ke kena letak satu gambar je?gagaga..



Tuesday, November 15, 2011

crossing over

salam ceria untuk semua..

i have new kids..alhamdullillah..
I'll do some of the genetic testing for them..
make used of what i've learned throughout my undergraduates..
kalau berjaya la..hihi..

mummy

daddy


notabuku: sebenarnya nak buat a simple genetic crossing over jek..bukan genetic testing sangat pun..tak perlukan apa2 DNA untuk mengetesnya..cume nak test betul ke anak2 yang baru dilahirkan itu hasil daripada mereka berdua atau tak..hihi..=p..

i will post the results in a new entry..

Monday, November 14, 2011

=)

assalammualaikum..

it takes a lot of planning and a lot of hard work too..
it takes a lot of caring to make a dream come true..
alhamdullillah..alhamdullillah..alhamdullillah..:)


notabuku: esok bermula episod cerita baru..;)


Saturday, October 29, 2011

mengganas!

assalammualaikum..

salam ceria di pagi sabtu ini..:)

hey its me..people do call me 'mok'..

share with me..please..

i said SHARE!!!grrr..

ha!kan da kena!

notabuku: agak stress semenjak 2 menjak ni..semoga tidak terikut-ikut dengan perasaan sendiri..


Thursday, October 20, 2011

watermelon.

assalammualaikum..


(front side of the drawing)

"is it marbles beside the boy?"
"no teacher!it is a watermelon!"

(back side of the drawing)

"I want to give the painting to you teacher."
from me : chai jun sheng..:)


notabuku: so sweet!




Sunday, October 9, 2011

assalammualaikum..

now i know why the teachers are angry when their students were forgotten to do their homeworks..sigh~



Saturday, September 24, 2011

Petua untuk hati..

Assalammulaikum..

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
    • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
    • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
    • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
    • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
    copy paste from iluvislam.com

    notabuku: sungguh hati ini sangat sedih..be strong!ini semua dugaanku..sesungguhnya rancangan Allah itu lebih terancang..


    Tuesday, September 13, 2011

    cuma kurang rajin

    assalammualaikum..:)

    salam ceria semua..
    hari-hari duduk rumah sudah cukup membuatkan aku bahagia..
    tak payah nak pergi beli makanan, tak payah nak basuh baju sendiri, tak payah nak cari duit sendiri dan yang penting tak payah nak mengadap report lagi..:)...

    menetap rumah lama-lama pasti ada hasilnya, bukan lemak yang kukumpul..tapi sifat 'kurang rajin' yang semakin menebal dalam diri..bukan tak mahu hilangkan..cuma tak tahu mahu disental guna apa..

    kekadang aku..
    # tidur tanpa menggunakan selimut sebab kurang rajin nak melipatnya esok hari..
    # breakfast dan lunch at the same time, sebab kurang rajin nak basuh pinggan banyak kali..hihi
    # tutup handphone sebab kurang rajin nak megecasnya dan juga kurang duit untuk menop-upnya..
    #basuh baju 2 hari sekali sebab malas nak sidai baju banyak kali..keh3..

    nota buku: ini semua bukan malas, cuma kurang rajin saja ok!

    everyday is holiday at home!:)

    Saturday, September 10, 2011

    fakta menarik atau fakta tertarik?

    assalammualaikum..

    terjumpa sehelai rambut dalam makanan pun sudah cukup untuk mematikan selera..
    apatah lagi menyuapkan makanan yang diperbuat daripada rambut..

    kicap yang pada mulanya dibuat daripada kacang soya telah dibioteknologikan oleh orang china dengan menukarkan kacang soya kepada rambut manusia..
    wow!hebat bukan?sebab rambut adalah salah satu sumber amino acid termurah dan mudah didapati terutama di salon-salon kecantikan..
    tapi hebat ini lain macam, rasa geli tekak nak makan kicap sekarang..
    rambut yang diekstrak akan dijadikan serbuk2 halus yang akan digunakan untuk membuat kicap..
    dan mereka-mereka di China tak akan menjumpai sehelai pun rambut dalam kicap mereka sebab rambut da dijadikan serbuk awal2 lagi..

    macam-macam!

    nota buku: kalau la yang dikutip dari salon tu rambut yang berkutu..tak ke lagi berperisa kicap tu?walla!


    Thursday, September 1, 2011

    sama tapi tak serupa..

    assalammualaikum..

    mereka ada persamaan la!ihihi...:P

    nota buku: Selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin..

    Friday, August 19, 2011

    handsome:)

    assalammualaikum..



    he looks handsome right?

    nota buku: style tangan dia tido mcm dalam solat la..:)


    anda terpilih untuk memilih

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...