salam ceria semua,
Tips untuk menyenaraikan barang-barang yang perlu ada di rumah baru atau rumah sewa.
dulu-dulu tak terfikir pun camne nak set up rumah, semuanya mak yang uruskan..
tapi laaa ni..da kena amek tau yang mana kehendak yang mana keperluan untuk permulaan hidup di rumah baru..
meh, ku cube listkan apa yang barang ku pikir penting kat rumah baru atau sewa nanti..
1. Tempat tidur
Teringat masa pi kursus kawen aritu, ustaz ada tekankan
" tempat tidur adalah bnda yang paling utama sekali kena beli sebelum beli peti ais atau mesin basuh" sambil menyengih ustaz tu cakap..hewhew
tapi bagi aku kalau masih duduk di rumah sewa, cukuplah sekadar beli yang mampu saja.. permulaan hidup kan?kalau semua pakat beli yang branded2 mahal2..memang terover bajet la perbelanjaan untuk bulan pertama kahwin nanti..
woot woot!this is very nice!ok masuk dalam list!tunggu rumah sendiri nanti
2. Peti ais
Since zaman sekarang ini harga makanan diluar harga yang dikatakan cekik darah...apalah sangat kalau kita masak dan makan di rumah bersama-sama.. ye dok? murah, sihat, dan cepat... so peti ais antara salah satu peralatan yang kena ada untuk simpan makanan.. cuma kena rajin sikit untuk nak masak especially bila balik keja..we will see later..
tapi penah terbaca ada orang buat peti ais sendiri untuk sementara waktu ...gunakan gabus isi ais yang warna putih tu dan diletakkan ais di dalamnya..
contoh: lepas beli ikan atau ayam, siang semua dan letak dalam gabus berisi ais tu..simpan sehingga mahu masak..tapi masa penyimpanan tidak bole terlalu lama..
3. Mesin basuh
Disebabkan sekarang zaman semua bekerja, baik perempuan dan lelaki.. maka tugas membasuh baju kita pass kat mesin basuh..hehe..
cepat, mudah, dan mesra.... :D
4. Dapur gas
ha yang ini penting..ada peti ais tapi tak de dapur pun tak jalan jugak..kalau duduk kat kawasan hutan bole la cari kayu api buat masak..tapi kalau duduk kat tgh2 bandar..nak tengok pokok hijau pun payah, so tolong ketepikan angan2 nak masak guna kayu api ye..
laa ni banyak dapur gas harga yang mampu milik.. bole cari kat sekitar mydin, giant dan supermarket yang lain..yeay!
5. Peralatan masak
Biasanya pasangan yang baru berkahwin, dia tak beli barang2 masak dulu...mengharapkan hadiah2 yang diterima dari kawan2 atau sedara mara..hewhew.. bukan kedekut, tapi ini satu strategi ekonomi masa kini.. :P
I wish I could have all of this!kalau ada anak 10 pun tak perlu kot banyak2 barang camni..pengsan~~
6. Meja makan
terpulang pada individu masing masing..ada orang da memang dilatih mesti makan di meja makan, tempat lain tak boleh makan.. so meja makan wajib ada kat rumah baru atau rumah sewa..
tapi untuk aku..aku rasa makan bersila bentang tikar kat atas lantai pun takde masalah..sbb kami mmg dilatih untuk makan dimana mana saja asalkan bersih dan selesa..sbb kat rumah selalu meja makan bukan tempat untuk makan..tapi untuk letak lauk saja...makannya kat merata rata tempat jugak..
7. Penyidai Baju
ha!ini perlu beli... nanti baju tak tau nak sidai kat mana..kalau rumah yang disewa itu sudah ada kemudahan untuk menyidai baju, sudah cukup bagus.. :D
tidak perlu beli yang mahal2 besar2..cukuplah sekadar yang mampu dan berkualiti untuk permulaan hidup..
8. Televisyen
kalau ada lagi bagus..tp kalau ikutkan TV termasuk dalam kehendak bukan keperluan..kalau ada 'extra budget' bolehlah kita membeli tv..yeayyy!
Notabuku: moga moga dimurahkan rezeki selalu... aminnn