Salam ceria semua,
Ya..hidup ini memang umpama dua permukaan duit syiling,
yang mana satu permukaan berupa dugaan dan satu permukaan lagi ialah nikmat..
apabila duit syiling itu dilambung ke udara, lalu jatuh, kita tidak dapat jangkakan apa yang terbit dulu sama ada ekor atau muka..
ada ketikanya kita akan ditimpa masalah dan ada kalanya kita diberi nikmat..
itu mmg sunnahtullah, kehidupan alam, aturan yang Maha Kuasa..
pernah dengar cerita Logan dan Andrew Wilson di England?
salah seorang daripada mereka berdua telah didakwa membunuh pengawal keselamatan di Mc Donald pada tahun 1982..
saksi Logan membuktikan yang Logan sedang tidur ketika pembunuhan itu berlaku..
namun, peguam telah membuktikan yang Logan bersalah dan kebanyakan juri setuju untuk menjatuhkan hukuman gantung kepada Logan..
tetapi 2 lagi juri telah menyelamatkan Logan daripada hukuman mati..
pada hakikatnya, pembunuh yang sebenar ialah Andrew Wilson..
walaupun begitu, sistem hukuman yang ada tidak membolehkan peguambela membuka pekung anak guam mereka sendiri..
dipendekkan cerita, setelah Andrew Wilson mati, kes telah dibuka semula dan Logan dibebaskan kerana tidak bersalah..itupun setelah 26 tahun!dan ketika itu umur Logan adalah 54 tahun..separuh umurnya dihabiskan di penjara...
Di England, jika orang yang dihukum penjara dan disabitkan tidak bersalah mereka akan dikenakan bayaran selama mana mereka berada di penjara..sadis bukan?
masuk penjara selama 26 tahun dan dikenakan bayaran makan minum sepanjang di sana..
Allah, kalau ini terjadi pada diri kita, apa pula kita akan buat?
menangis?meraung?rasa putus asa dengan nikmat Allah?
nauzubillah, mintak dijauhkan..
seringkali mengingatkan diri sendiri..ujian itu juga nikmat..nikmat iman Allah untuk menguji hambanya..
kalau tidak diduga itu yang patut dirisaukan..
risau masih sayangkah Allah terhadap kita?masih pandangkah Allah terhadap amalan2 kita?
analoginya mudah, jika kita buat silap tetapi sudah tidak ditegur lagi oleh sesiapa..
itu lagi membuatkan hati kita terasa jauh kerana kita merasakan orang sekeliling sudah tidak sayang bukan?
Jangan berprasangka buruk sesama insan, apalagi pada Allah..
Notabuku: sebenarnya nak tulis pasal murtabak cheese makan petang tadi..tapi entah kenapa tulis entry serius begini..seriau rasa..:{
Notabuku: sebenarnya nak tulis pasal murtabak cheese makan petang tadi..tapi entah kenapa tulis entry serius begini..seriau rasa..:{