Sunday, July 8, 2012

kita kahwin yok!=D

salam ceria..

boring!hari2 mak aku tanya, nak kaler apa? nak kaler apa?
lain yang dipilih, lain yang dapat..
ceh!emo betul aku..padahal benda kecik jek..
benda yang paling leceh sekali apabila urusan kita da diceroboh masuk oleh orang lain.
tak ke huru-hara jadinya nanti urusan tu..
inilah masalahnya kalau adik beradik semua lelaki..
semua tak amek pusing..tahu mahu kawen saja..:P
setiap kali ada majlis kawen, setiap kali tu la nak pakai baju sedondon..
kalau sedara mara 4-5 orang takpe..
ni macam nak cecah 60++ giteww!meriah benor gayanya..



 oo, mestilah si kecik tu yang paling comel..

oo, ini macam melampau jek semua ni..

semua kena sama..kena!


jangan tak tau, time raya pun kami kena pakai baju sedondon, takpe, yang ini aku suka!=D

sedondon jugak


 oo, kaler ni pun kami buat sedondon masa raya..jimat uang katanye..


ini sedondon dari segi kaler saja, corak jauh berbeza sikit..gaya ini pun aku suka..


oo, ini jek la yg aku dapat korek, yang gambar2 lain semua aku da campak entah ke mana entah..kalau dikumpulkan balik memang penuh la entry ni..


notabuku: wahai emak, jangan pening2 kepala, kalau dorang tak amek tau pasal baju untuk kawen, biar orang saja yang kawen sebab orang da ada kaler tema da..=P






Saturday, July 7, 2012

listerine

salam to all silent readers..


semenjak ada listerine ni, aku da malas nak gosok gigi..:P

ini listerine



ini pula ubat gigi

oo, jangan salah sangka..aku cuma amalkan selepas makan jek..bangun dan sebelum tido mesti kena gosok gigi ye adik-adik..


notabuku: can i give my cat listerine?teringin nak dia rasa gigi dia bersinar-sinar..



Thursday, June 14, 2012

madagascar!:)

salam ceria to all silent readers..=)

madagascar!tersangat la kelakar..from the beginning until the end pun still ketawa berdekak-dekak..
hilang segala tensen, gundah-gelana, penat- lelah bekerja selama ni..
kepada sesiapa yang belum menonton, boleh la menontonnya, very worth it!

                    zer yun starts to develop a big mouth after laughing for the whole night yesterday..hihi:P


                                              we tried to squeeze everyone in the camera...lol!



                                                              carls junior before movie!:)

nota buku: its hard to gather everyone at one time, and yesterday we made it!:)

Tuesday, May 1, 2012

Tekanan perasaan

Salam bahagia semua..:)

hari ini aku kena kerja..ye!tiada istilah hari pekerja untuk aku..
tapi takpe, aku boleh claim dua hari cuti nanti..tunggulah, akan ku kumpul2 semua cuti2 tu, bungkus kain baju, balik johor bahru..hamboi!da macam berpantun pulak..

oo ya,,ini aku nak tanya, korang pernah rasa tak perasaan boring?
tak pun perkataan bosan..iya, kedua-duanya membawa maksud yang sama..
bukan apa, semenjak-dua menjak ni bosan betul dengan post-post dekat fesbuk sekarang..
isu bersih sana-sini...sedarkah anda, dengan mengepost benda benda yang tak pasti lebih teruk kesannya?
ianya bukan makin mengurangkan ketengangan malahan lebih menimbulkan kekacauan..
keadaan aman jadi kacau bilau, kawan jadi lawan..ada yang sanggup mendelete kawan sendiri semata-mata kerana guna DP 'kuning' tu..

"Don't act like you know everything!"

Awas dengan kata-katamu wahai sahabatku. Jangan disebabkan kamu, mereka memutuskan silaturrahim..Itukah yang kamu mahu?Itukah yang memuaskan hati kamu?

"Think before you act!"

dan lebih tidak boleh blah memuaskan hati lagi apabila 'mereka-mereka' ini bercakap tentang dunia politik dengan penuh gah, penuh yakin, penuh berkarisma, tapi tup tup tup belum mendaftar undi lagi..malu bukan?

"Cakap saja berapi-api, tapi asap sikit pun takda".. (sounds very emotional right..yes!I am!)

Kalau anda betul-betul mahu mengubah Malaysia, show that you have already fulfill your responsibility..Pergi daftar mengundi, jadi pengundi tegar..  Remember, every vote is counted man..=).. Anda bukan tak cukup umur lagi, bahkan anda dah bertahun-tahun meninggalkan umur 21 tahun tu..


 please..please..please stop spread the words..It getting worst day by day.. 


                                                                  I love Malaysia..=)

nota buku: I'm just saying..no heart feeling...saya bukan pro mahupun anti kerajaan..saya masih neutral dan masih memerlukan masa untuk memangkah undi dengan bijak..



Tuesday, March 27, 2012

terasa

salam semua..:)

hari ini masuk keje lambat, almost 30 minit lewat masuk keje..
bukan aku sengaja nak masuk lambat-lambat, tapi gara-gara public transport, aku TERlambat..hihi:P
actually aku rasalah, aku rasalah kan, tak kisah pun masuk keje lambat kat company aku tu..aku cume raselah..tapi tak tau la betul ke tak perasaan aku ni..
sebabnya, pagi-pagi tu jarang sekali ada sample yang kena proses..
so memang pagi-pagi memang terasa lapang jiwanya, tak perlu nak berebut-rebut nak pegi keje bagai.
tapi aku merasakan perasaan ini tidak elok untuk diikuti selalu..
bukan apa, aku rasa macam tak berkat pulak hari-hari masuk keje lewat, tapi gaji kita dapat penuh..
emm..melainkan aku ni seorang bos yang membayar gaji pekerjanya..
tapi aku ni hanyalah seorang pekerja sahaja..
pekerja yang mengharapkan duit bulan-bulan masuk ke dalam akaun sendiri..





dan tadi aku terasa terkesan sekali bila terbaca kat satu ayat al-quran ni..:

"Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu amat pedih" (14:7)

aku merasakan ini adalah teguran Allah untuk diriku..Alhamdullillah..:)

notabuku: aku rasa kalau lambat sebab masalah public transport yang kejenya asyik nak delay-delay jek tu maybe boleh dipertimbangkan...hihi..:P

Sunday, March 18, 2012

semoga..:)

salam..

pernah tengok tak seorang ibu duk kendong-kendong anaknya?
dan pernah tengok tak seorang ayah duk dukung-dukung anaknya?
emm..dua-dua aku biasa tengok..dan aku yakin korang korang pun biasa jugak tengok kan?
tapi yang aku tak biasa tengok ialah apabila saat-saat sang anak dikeluarkan dari perut ibunya..
oo tetibe pulak aku cakap macam ini..bukan apa, tadi aku ada harvesting dekat sunway medical centre..
bilamana ada harvesting, kami2 kena pergi ke hospital tu untuk amek cord blood tu masa si ibu keluarkan baby dalam perut atau dengan bahasa laymannya 'beranak'..
first time masuk operation room, rasa macam aku plak yang nak terberanak..
nerbes bukan main, padahal bukan engkau yang kena keluarkan baby tu..
but what i'm going to say that it is not easy to give birth ..YUP!IT IS NOT EASY OK!
tadi deliver secara operation, so memang maknya kena bius awal-awal..
dan bilamana si doktor start untuk memotong perut si mak, aku da tak larat nak pandang..
takut bukan main, terasa macam perut aku yang kena siat..
apabila perut tu da dibelah, agak-agak da macam boleh keluarkan si anak tadi, dan-dan doktor tu tarik-tarik kepala si anak tadi...*macam aksi bukak paip pun ada (kena pulas a bit untuk tarik)..

itu baru deliver secara operation..kalau secara normal lagi la menggerunkan..
darah mencurah-curah mengalir masa baby nak keluar..
ok, tak dapat nak dibayangkan..
sila persiapkan diri anda wahai wanita..:)



notabuku: semoga dapat suami yang memahami..*tetibe*


anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...