Sunday, March 4, 2012

hujung minggu


salam ceria semua..:)

biasanya hujung minggu memang waktu orang bercuti kan?
tapi entah kenapa tempat aku bekerja memerlukan pekerja pada hujung2 minggu..
mahu bertanya tapi aku takut hendak bersuara..
takut2 kena terus buang keja..*ape kejadahnya fikir sedemikian rupa?*
tapi setelah banyak kali berfikir..
barulah aku dapat penyelesaiannya..
memandangkan tempat aku bekerja memerlukan darah baby daripada ibu yang baru lepas bersalin (cord blood)..*for the stem cell isolation*
maka memang patutlah aku kena kerja pada hujung2 minggu.
iyelah, orang bersalin kan tak kira masanya, kalau memang da nak keluar babynya, mana mungkin dapat ditahan-tahan lagi kepalanya..
bila mana sample (darah) tu da sampai kat lab, so, memang kena proses cepat2lah within 24 hours tu..
dengan itu barulah aku paham kenapa kami kena kerja hujung2 minggu..*lepas ni da tak boleh nak dating lagi*


this is actually what we do with the cord blood..*besarkan saya dengan sekali klik*


notabuku: dating dengan bantal peluk hujung2 minggu itu memang rutin mingguanku..lepas ni aku memang kena berkorban..iye, aku rela berkorban!:)


Saturday, February 18, 2012

selamat hari lahir umie!!!

salam ceria..:)

selamat hari lahir umie..
semoga bertambahnya umur, makin bertambahlah iman di dada..
semoga dimurahkan rezeki, diberkati perjalanan hidupnya di dunia dan diakhirat..
semoga ukhuwah kita semakin mantop ya..
last but not least..semoga cepat kawen!

kita kawan sampai mati ok?

preparation..

SURPRISE!!!

nota buku: kawan2 adalah cerminan diri sendiri..pilih kawan2 yang baik saja ok?



Friday, February 3, 2012

eh, tertinggal..

salam ceria semua..

bulan februari da kunjung tiba,
sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan masa bulan januari..
tapi disebabkan bekalan internet dekat rumah sewa belum lagi dilanggan, maka memang tidak menyempat la nak tulis entry segala..
so, secara otomatiknye aku terlangkah bendul untuk entry bulan januari lepas..*eh, boleh guna ke istilah langkah bendul kat ayat ni?*

sekarang bukan masa lagi untuk bermain-main..
semakin meningkat umur, semakin banyak pulak tanggungjawab yang perlu dipikul.
tambah-tambah lagi aku sudah berada di fasa yang baru..emm..a bit challenging i think..
tapi pengalaman inilah yang bakal aku usung untuk tahun-tahun akan datang..:)

opps, bukan fasa yang ini..

TAPI,

yang ini..:)


nota buku: sebenarnya banyak benda yang nak disharekan, tapi semuanya aku da lupa..=P


Sunday, December 18, 2011

cute

salam



THIS IS CUTE!


Notabuku: Ini adalah Jemuk bersama dengan anaknya..:)

Tuesday, December 13, 2011

technology public phone


salam ceria semua..:)

hampir saja kita menghampiri ke tahun baru 2012..
sedetik demi sedetik waktu berlalu pergi..
kalau waktu2 begini, mak2 lah yang paling sibuk..
sibuk menguruskan anak2 yang nak naik sekolah..
semua kelengkapan mesti nak baru, kalau tak mesti ada anak2 yang mencebik muka..

oo ya, sewaktu aku di shah alam hari tu, aku ternampak sebuah public phone warna hijau..
lerr..kenapa dengan public phone?common things that can be found everywhere what..
tapi this is a rare case for me..sebabnya ini pertama kali aku jumpa public phone yang boleh send sms to other handphone..
ke aku jek yang ketinggalan zaman?
papepun, aku macam jakun sikit bila tau benda ni..
lantas aku meng'snap' sekeping dua gambar untuk dijadikan bukti pengukuhan..
mana tau aku bukan orang pertama yang baru tau kewujudan public phone sebegini..huehue..

suppose i should try to use it at that time..

saja jek nak zoomkan word sms/send ni..:p



notabuku: lepas ni kalau orang tanya, pasti aku boleh berbangga dengan pencapaian diri sendiri..apakah?hihi..


Tuesday, December 6, 2011

Gregor Mendel

salam bahagia semua..:)

pagi-pagi da bersarapan dengan fesbuk, kalau tak dengan fesbuk pun, mungkin dengan world wide web yang lain..
kenyang ke tak aku tak tau..tapi itu yang hari2 kita buat kan? *maybe tak semua :p*
oo ye, tentang experiment, aku belum abes study lagi..
masih berfikir2 betul ke tak crossing over yang aku lakarkan..
kalau tengok tengok balik, aku macam da rosakkan tajuk inheritance kat text book..
aku da cemarkan nama baik Gregor Mendel, gara-gara tak ikut piawaian yang ditetapkan..
dan mungkin juga aku gagal buktikan apa yang aku nak buktikan..
aisyy!

mungkin aku kena belikan bantal peluk untuk si dia ni..


notabuku: jangan mengeluh, jangan putus asa, masih banyak masa lagi untuk buktikannya..:)



anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...