Tuesday, September 13, 2011

cuma kurang rajin

assalammualaikum..:)

salam ceria semua..
hari-hari duduk rumah sudah cukup membuatkan aku bahagia..
tak payah nak pergi beli makanan, tak payah nak basuh baju sendiri, tak payah nak cari duit sendiri dan yang penting tak payah nak mengadap report lagi..:)...

menetap rumah lama-lama pasti ada hasilnya, bukan lemak yang kukumpul..tapi sifat 'kurang rajin' yang semakin menebal dalam diri..bukan tak mahu hilangkan..cuma tak tahu mahu disental guna apa..

kekadang aku..
# tidur tanpa menggunakan selimut sebab kurang rajin nak melipatnya esok hari..
# breakfast dan lunch at the same time, sebab kurang rajin nak basuh pinggan banyak kali..hihi
# tutup handphone sebab kurang rajin nak megecasnya dan juga kurang duit untuk menop-upnya..
#basuh baju 2 hari sekali sebab malas nak sidai baju banyak kali..keh3..

nota buku: ini semua bukan malas, cuma kurang rajin saja ok!

everyday is holiday at home!:)

Saturday, September 10, 2011

fakta menarik atau fakta tertarik?

assalammualaikum..

terjumpa sehelai rambut dalam makanan pun sudah cukup untuk mematikan selera..
apatah lagi menyuapkan makanan yang diperbuat daripada rambut..

kicap yang pada mulanya dibuat daripada kacang soya telah dibioteknologikan oleh orang china dengan menukarkan kacang soya kepada rambut manusia..
wow!hebat bukan?sebab rambut adalah salah satu sumber amino acid termurah dan mudah didapati terutama di salon-salon kecantikan..
tapi hebat ini lain macam, rasa geli tekak nak makan kicap sekarang..
rambut yang diekstrak akan dijadikan serbuk2 halus yang akan digunakan untuk membuat kicap..
dan mereka-mereka di China tak akan menjumpai sehelai pun rambut dalam kicap mereka sebab rambut da dijadikan serbuk awal2 lagi..

macam-macam!

nota buku: kalau la yang dikutip dari salon tu rambut yang berkutu..tak ke lagi berperisa kicap tu?walla!


Thursday, September 1, 2011

sama tapi tak serupa..

assalammualaikum..

mereka ada persamaan la!ihihi...:P

nota buku: Selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin..

Friday, August 19, 2011

handsome:)

assalammualaikum..



he looks handsome right?

nota buku: style tangan dia tido mcm dalam solat la..:)


Wednesday, August 10, 2011

maaf, aku terlalu emotional

assalammualaikum..

tadi aku tak senang hati..nak ke kiri atau ke kanan..ke kiri atau ke kanan..
mak cik ni kata kena ke kiri..mak cik sana cakap kena ke kanan..
aisy..selalu aku perhatikan..selalu benar benda ni berlaku..
kadang-kadang mereka biarkan saja kosong sehingga penamatnya..
terasa betul hati bila tengok ada lubang-lubang kosong ketika melakukannya..
berat sangatkah kakinya sehingga malas untuk bergerak ke kiri atau ke kanan?
tolonglah..tolonglah paham..aku jadi malu sendiri..bukan tak tahu, tapi kadang-kadang saja buat-buat tak tahu..

tadi sebelah aku kosong..padahal boleh jek diisikan dengan 4-5 orang lagi..bila aku keluar..ternampak rongak-rongak di tengah, di tepi, di sisi..senang cakap di semua bahagian..apekah maksudnya ini?Islam itu memang ajar pentingkan diri ke?*maaf!aku terlalu emosional ketika ini*

nota buku: oh, mungkin aku salah juga..hanya mampu memandang tanpa bersuara..ingat!engkau juga hanya mementingkan diri sendiri bila engkau berlaku sedemikian rupa..mari sama-sama kita berubah!


Monday, August 8, 2011

ketenangan

Assalammulaikum..

Ramai orang yg mengaitkan ketenangan hidup dgn faktor harta dan kekayaan..
Walaupun itu lebih menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segalanya..
Betapa ramai orang yg berada dalam rumah yg besar, tidur di atas katil yg empuk,
tetapi lenanya tidak nyenyak, bahkan ada yg tidur di pondok buruk, kadang-kadang lebih lena daripada kita..
Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-NYA...Dr Mohd Asri Zainal Abidin..



nota buku: aku perlukan ketenangan..:)

anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...