Wednesday, July 27, 2011

success!

assalammualaikum..

kadang-kadang perjalanan hidup kita ini tak dapat diduga...
manusia hanya merancang,.,tetapi perancangan terbaik tu kan hanya ada pada Allah..
sapalah kita untuk menidakkan setiap perancangan yang tercipta tu kan?

"don't waste your degree!find a job which is suitable with your qualification."

mak aii..ini yang aku tak gemar bila mana ade bunyi-bunyi camni..
bukankah kita belajar untuk menimba ilmu-ilmu Allah?
kalau takde degree pun boleh kerja kan?
degree tu bukan penghukur kekayaan..apatah lagi penentu kejayaan...
andai kata pemegang degree belum lagi bekerja dalam tempoh 6 bulan atau setahun pun itu bukan satu masalah..

sapa kita untuk menidakkan perancangan Allah?


besarkan saya dengan sekali klik..


notabuku: betulkan balik niat kita kenapa kita belajar..*ingatan untuk diri-sendiri gak*


ingatlah kejayaan adalah milik setiap insan..:)


Friday, July 15, 2011

wanita itu kejam betul!

assalammualaikum..

sudah hampir 3 minggu berkampung di rumah..
masyaAllah, persekitarannya hanya Allah yang tahu..seronok sampai berguling-guling jek atas katil..
oh ya, pernah dengar tak wanita 'vampire'?atau dengan erti kata lain wanita terkejam dalam sejarah..
aku terbaca benda ni kat majalah infiniti..tak tahu nak gelar infiniti tu majalah atau buku sebab dia ala-ala mastika..
wanita ini teramat taksub untuk menjadi cantik sehinggakan sanggup untuk membunuh 650 anak dara..
wow!kalau aku kat zaman tu mesti aku pun salah satu mangsanya..




Elizabeth Bathory, seorang ahli bangsawan *tetibe bergetar lak nak tulis nama dia*..start membunuh anak dara ketika dayangnya tersilap sikat rambutnya lalu menyebabkan rambutnya tertarik..
dan-dan si Elizabeth ni duk tampor dayangnya tu sampai mati..wooo!lepas tu entah angin ape entah, Elizabeth nampak darah dayang yang mengalir tu macam sangat enak dan menggunakan darah untuk mandi..
sambil dia berendam kat bath tub yang penuh darah tu, dia menyedut darah2 tu..walla!

so setat dari situ, dia merasakan darah anak dara adalah ramuan yang paling berkesan untuk menjadi cantik..sehinggalah mangsa anak dara berjumlah 650 orang..can u imagine that?dipendekkan cerita, berita tentang kehilangan ramai anak dara tersebar dan las2 sekali Elizabeth ni dipenjarakan sampai mati..nak direjam tak boleh, sebab dia ni golongan bangsawan..penjaranya semua die tutup dengan simen dan hanya ada satu lubang jek yang dibiarkan terbuka untuk bagi makanan..


nota buku: aku nak siang ikan pun lari-lari lagi..bukan apa, aku takut aku jadi cam Elizabeth nanti, nampak darah terus nak menghirup..hihih..

Tuesday, July 5, 2011

pelat

peace be upon you..

toleh kanan, toleh kiri, toleh depan, toleh belakang..toleh ke semua arah dengan harapan idea datang bergolek-golek untuk buat resume..
napa payah benar nak buat kerja bila berada di rumah ya?
tahap pemalas aku makin meninggi di rumah sampai nak mandi pun aku taknak..hihi..
hey hey..mane mungkin aku tak mandi..kang tak pasal-pasal kena pelangkung dengan mak aku kang..

cakap pasal mandi, suatu ketika dulu, aku ni pelat orangya..*pelat=sebutan tak berapa lancar*
every single word yg aku keluarkan dari mulut, mesti kena gelak punye..
nak-nak dengan budak lelaki..tapi time tu apelah yang aku tau..lurus betul!
dulu-dulu time nak mandi, aku mesti cakap camni..

"mak ndak!mak ndak!kite nak 'mati'..kite nak 'mati' dengan nadhirah"..*the correct word is mandi*..can you see the difference?walla!

notabuku: time kecik-kecik dulu, asal tengok kambing jek mesti aku jerit..."kapin!kapin!"sambil terkinja-kinja macam orang gila..

jangan segan-silu untuk senyum-senyum 'kapin'


Monday, July 4, 2011

sarawak's trip with monashians

peace be upon you..

5 days 4 nights in sarawak with monashians was very awesome!
dengan ongkosnya yang berpatutan sapa tak mau pergi kan?
flight pergi balik dalam rm108 jek with luggage, accomodations for two hotels only rm 150..(tune hotel + arief hotel)..


pusat hidupan liar semenggoh

orang utan di semenggoh..

culture village sarawak..rugi if sapa-sapa pi sarawak tak singgah this place..sangat menarik, tertarik and de bomb!

see the height!..sangat-sangat tinggi rumah di sana..

the performance in sarawak culture village..memang aku rase tak mahu keluar dari dewan tu..

so called 'jambatan' for some of the ethnic in sarawak..gayat weh!

nice view from sarawak culture village..nanti akan ku bawak anak cicitku ke sini nanti..hihi..gatal!

muzium etnologi from outside..


a bit censored..izmil tak senonoh!

tune hotel's cafe

this is pasar satok! so colourful rite?

cat statue

again, pasar satok..looking for the souvenirs..

mamat ensem di pasar satok, oh wait!si penjual ok!dia sangat peramah..

wow!sangat rambang mata..kalau ade lebih budget, da lama aku borong semua..

war memorial park!cantik bangat sihh viewnya..

one word for sarawak... wow!!!

notabuku: sila cuti-cuti malaysia dulu sebelum bercuti ke negara orang lain..sapa kata malaysia tak kaya dengan tempat pelancongan?


anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...