Saturday, April 30, 2011

hidup penuh dengan emosi

setiap emosi mengedutkan kulit muka kita..wohoo!

salam bahagia semua..

ada 6 jenis emosi yang apabila dibiarkan akan memudaratkan kesihatan:

1. marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung.
2. takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan.
3. kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang.
4. sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru.
5. gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung.
6. malu yang berlebihan menyebabkan penyakit ulser dan penyakit hati..

(sumber: 365 tips sihat gaya Rasullullah- Dr. Mohammad AliToha)

nota buku: maka bersederhanalah dengan setiap tingkah laku kita..dengan mengawal emosi badan akan menjadi lebih sihat..yeay!:)

Friday, April 29, 2011

k-pop versi malaysia..

salam ukhuwah semua..

kenapa perlu tiru orang?takde identiti sendiri ke?euww...rosak anak bangsa aku..adey!
salah mak bapak ke tak piat telinga anak-anak dari kecik?
salah cikgu-cikgu ke tak mengajar moral dengan baik?










nota buku: geli anak tekak aku tengok..


Thursday, April 28, 2011

perempuan vs lelaki


salam ceria semua..

Based on pengalaman orang yang bercerita..dengan erti kata lain, aku bercerita kisah orang lain..ataupun aku si tukang bercerita..cerita dia ala-ala camni..(tokok-tambah cerita sabagai perasa)

Minah : tu lah..hari tu kat fesbuk, ada one guy ni buat status pasal perempuan yang minat cerita korea. Dia cakap ala-ala camni...

“aku tak paham nape perempuan ni fanatik benor dengan Koreannye artis, k-pop la drama la..semua itu fairy tale..pastu nak assume pakwe dia buat ala-ala cerita korea..tak ke sengal benor gaya tu?”...

(34 likes)

(25 previous comment)

“iye betul!”

“perempuan ni pandang mamat-mamat jambu jek”

“entah apa-apa jek perempuan ni, padahal ceritanye bukan bagi pengajaran pun”

“aah!awek aku pun cmtu..suke benor dengan korea..pakkal jek die awek aku..aku pun ikutkan jekk..layannnn..padahal dalam hati terbakar dengar cite2 korea berulang-ulang..aisy!”

"suju?2am?2pm?snsd?zzzzzzzzzzzzz...."

Apekah???aisy!salah ke seorang perempuan itu suka atau berminat dengan cerita korea atau artis korea..aku rasa cerita dia lagi sopan dari cerita omputih yang penuh dengan adegan-adegan yang tak senonoh..

Dan boleh tak aku cakap camni:

“hey laki..lagi tak masuk akal ko tengok match bola sampai tinggal anak bini kat rumah ataupun buang karen engkau bersengkang mata sampai tak tido malam sebab nak tengok orang berebut2 sebiji bola” ..boleh tak?boleh tak? (mati kang aku kena sekeh dengan abang aku)

Tapi aku tak beraninye nak cakap cmtu sebab aku tau setiap orang itu ada minat masing-masing..lelaki dengan bola..perempuan dengan k-popnya..tak salah bukan?

Nota buku: peace bebeh..no heart feeling..berhibur itu ada hadnya..tak kisahlah nak berhibur pun selagi hiburan itu tak melaghakan sampai engkau terlupa tanggungjawab sendiri..*refleksi kat diri sendiri*...nak tengok cerita korealah jap lagi..hihihihi...


Sunday, April 10, 2011

menjadi peminat fanatik..*dush!dush!*

salam ceria semua..

weewiitt!cerianya aku di pagi minggu ni..padahal tadi tersengguk-sengguk duk baca buku..tapi bila bukak laptop, dan dan matanye terbukak besar..aneh betul!

sekarang ni aku tengah meroyan dengan 'we got married-goguma couple'..setiap hari duk bukak youtube layan bende alah tu..aisy, ni yang aku tak gemar ni bila da start fanatik...bangun-bangun, layan korea, sebelum tido layan korea, nak pi dapur layan korea, nak pi kelas sumbat telinga dengan lagu korea..abes terbengkalai semua kerja gara-gara cerita korea..

ni dia si goguma couple tu..*dush!dush!*


wake up yan!wake up!jangan duk terpengaruh..

bak kata dalam lirik lagu raihan:
"berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"

nota buku: kawan-kawan tolong nasihat aku sikit..kasi piat telinga pun takpe..aisy...benci betul tengok keadaan aku camni..


Saturday, April 9, 2011

i dunno why..


salam ceria semua..

orang kata kalau kita baca buku sambil menghighlight info-info penting kita senang nak ingat info tu..so, aku pun konon-konon la nak jadi budak pandai..highlight semua info yang aku rasa penting..end upnye lectures notes engkau sudah bertukar warna..da macam kertas lukisan pun ade gak..penuh kaler-kaler..

koleksi highlighter aku hanya untuk satu sem..


nota buku: pehh..aku rase macam aku sedut jek semua dakwat2 highlighter tu..satu sem ada 7 highlighter hanya untuk 4 subjek..walla!

anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...