Monday, March 14, 2016

kutu air

salam ceria semua..

i need this!kutu air!
kat mana nak cari daphnia ni?



notabuku: takde binatang lain ke dorang ni nak try?yg cinonet ni yang dia nak test..ceh!


Friday, March 11, 2016

Syukur

Salam ceria semua..

Alhamdullillah..sudah hampir 4 bulan bertukar kerjaya ke bidang makmal kembali..

makmal----> cikgu-----> makmal kembali!

rezeki ada di mana mana saja..
teringat dulu waktu nak berhenti kerja di KL..
risau bukan main, ye la.. berhenti tanpa ada kerja yg menanti..
tp tak berhenti doa untuk rezeki di tempat lain..
Alhamdullillah Allah tak penah tak sayang kat hambanya..:)

notabuku: pokok pangkalnya, jgn takut untuk buat keputusan walaupun pada asalnya kita agak ragu2..doa dan yakin dengan pertolongan Allah..








Sunday, June 21, 2015

kepercayaan

Salam...

Allah, I leave everything up to you..
while I may know what I want, only You know what I need.
You know what is the best for me and I trust that..
because You are the great of the great planner..

ada kawan pesan, letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah, tanpa rasa ragu-ragu..
supaya apa saja yang berlaku selepas itu, kita akan rasa tenang dan redha..
terima kasih kawan.. a friend in need is a friend indeed.. :')



notabuku: da lama tak menulis dan membaca.. sibuk sangat dengan urusan dunia.. :(







Saturday, February 7, 2015

journey

Salam..

I never thought I will be in this situation..
Ya Allah please guide me to your way..
Rabbi yassir wala tu'assir'..



"Dear Allah, there is no comfort except with things that You allow ease, You make difficulties a simple journey if You are willing."
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kesusahan itu mudah jika Engkau kehendaki."


notabuku: everyday is a journey..lets face it with smile..you will never know what may be your next destination..keep praying and believe in Allah..insyaallah..:)


Sunday, December 21, 2014

Hidup ini umpama dua permukaan duit syiling..

Salam ceria semua,

Ya..hidup ini memang umpama dua permukaan duit syiling,
yang mana satu permukaan berupa dugaan dan satu permukaan lagi ialah nikmat..
apabila duit syiling itu dilambung ke udara, lalu jatuh, kita tidak dapat jangkakan apa yang terbit dulu sama ada ekor atau muka..

ada ketikanya kita akan ditimpa masalah dan ada kalanya kita diberi nikmat..
itu mmg sunnahtullah, kehidupan alam, aturan yang Maha Kuasa..
pernah dengar cerita Logan dan Andrew Wilson di England?
salah seorang daripada mereka berdua telah didakwa membunuh pengawal keselamatan di Mc Donald pada tahun 1982..
saksi Logan membuktikan yang Logan sedang tidur ketika pembunuhan itu berlaku..
namun, peguam telah membuktikan yang Logan bersalah dan kebanyakan juri setuju untuk menjatuhkan hukuman gantung kepada Logan..
tetapi 2 lagi juri telah menyelamatkan Logan daripada hukuman mati..
pada hakikatnya,  pembunuh yang sebenar ialah Andrew Wilson..

walaupun begitu, sistem hukuman yang ada tidak membolehkan peguambela membuka pekung anak guam mereka sendiri..
dipendekkan cerita, setelah Andrew Wilson mati, kes telah dibuka semula dan Logan dibebaskan kerana tidak bersalah..itupun setelah 26 tahun!dan ketika itu umur Logan adalah 54 tahun..separuh umurnya dihabiskan di penjara...

Di England, jika orang yang dihukum penjara dan disabitkan tidak bersalah mereka akan dikenakan bayaran selama mana mereka berada di penjara..sadis bukan?
masuk penjara selama 26 tahun dan dikenakan bayaran makan minum sepanjang di sana..

Allah, kalau ini terjadi pada diri kita, apa pula kita akan buat?
menangis?meraung?rasa putus asa dengan nikmat Allah?
nauzubillah, mintak dijauhkan..
seringkali mengingatkan diri sendiri..ujian itu juga nikmat..nikmat iman Allah untuk menguji hambanya..
kalau tidak diduga itu yang patut dirisaukan..
risau masih sayangkah Allah terhadap kita?masih pandangkah Allah terhadap amalan2 kita?

analoginya mudah, jika kita buat silap tetapi sudah tidak ditegur lagi oleh sesiapa..
itu lagi membuatkan hati kita terasa jauh  kerana kita merasakan orang sekeliling sudah tidak sayang bukan?

Jangan berprasangka buruk sesama insan, apalagi pada Allah..



Notabuku: sebenarnya nak tulis pasal murtabak cheese makan petang tadi..tapi entah kenapa tulis entry serius begini..seriau rasa..:{








Sunday, August 24, 2014

This is not goodbye..This is not an over

assalammualaikum..

sudah setahun berlalu..pantas sungguh..
rasanya baru sahaja pergi kl, cari rumah sewa, berpindah rumah, pergi kerja naik ktm, lrt, kerja dengan darah etc..
sekarang aku sudah berada di Johor Bahru..
bertukar bidang, bertukar pekerjaan, bertukar angin, bertukar kawan..
mungkin ini adalah pengalaman hidup..
ini lebih baik daripada tidak mencuba kan?
jangan risau, ilmu di universiti dulu tidak akan ku tolak ke tepi begitu saja..
walaupun tidak digunakan sepenuhnya..
tapi aku percaya ilmu itu akan berguna satu hari nanti..
Allah da susun cantik cantik perjalanan hidup kita..
jangan pernah mengeluh, jangan pernah riak, jangan pernah takbur..
sebab semua itu Allah yang punya..

notabuku: bekerja dengan murid2 sangat mencabar kesabaran..sekarang ni suara sudah semakin garau, muka da semakin garang, tangan da semakin berurat..dasyatt penangannya..











anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...