Thursday, May 9, 2013

Fenomena orang beranak

Salam bahagia semua,

bekerja ditempat darah amat menakutkan..pak guard kata malam2 mesti dia rasa ada 'something' kat dalam lab..mungkin 'benda tu' tengah menghisap darah kot..=P
ada satu hari, entah macam mana plasenta dibawak ke lab..sepatutnya kami nak darah tali pusat jek.. tapi disebabkan tak dapat darah tu, logistic bawak balik plasenta..mana kami bole buat apa apa!ceh!
dan waktu itu la, pak guard rasa lain macam itu lebih teruk..sepertinya ada benda yang mengejar plasenta tu, isy!bikin wa risau jek kalau duk sorang2 kat lab..
tapi apa yg pak guard cakap tu make sense jugak, mungkin darah tu makanan 'dorang' kan?hihi..redha jek la..

oo ya,da lama nak cerita pengalaman masuk labour room untuk mak mak yg melahirkan anak anak dia secara normal...takut!gerun!seram!sakitttt!semua tu aku rasa kotttt..
menunggu bukaan 'lorong' untuk baby tu keluar amat lama..nak nak lagi melahirkan anak yg pertama..
1 jam untuk setiap cm..the worst case sampai jadi 3 jam untuk setiap bukaan 1 cm..
kami kena standby once the dilation tu da reach 5 cm, dan kena tunggu lagi 5 jam untuk dia beranak..
by 5cm, kena rushing pi hospital, tunggu punye tunggu macam sendiri yang nak beranak..lama kot!
kena tunggu sampai 10 cm, baru boleh masuk labour room..

bila da masuk labour room tu, Allah!menggigil tengok bukaan tu..dan sangat kesian tengok si maknya.
si mak tadi dengan penuh gigih meneran kasi anak dia keluar cepat..tapi takde la sama macam drama kat tv tu..takde pun dorang jerit sebegitu rupa.. #drama betul!

and 'plup', kepala baby da keluar!

lepas baby keluar, darah & air ketuban plak mencurah curah..banyak weh!banyak sangat darah yg keluar..
bila baby da keluar, time tu la doktor panggil untuk amek darah tali pusat baby..i can see everything..wow!incredible!subhanaAllah..

lepas da setel, doktor akan jahit semula bukaan tu..ok!nampak mcm mak dia sangat relaks, tapi sebenarnya sakit kottt..cara jahitannya mcm sama jek nak jahit baju..mungkin doktor jahit jelujur jek kot..=P




notabuku: sama ada beranak secara normal ataupun secara pembedahan, 2-2 sangat menyakitkan..hargailah ibu ibu anda..selamat hari ibu mak!saya nak adik lagi! #hewhewhew



Tuesday, April 9, 2013

kenapa air laut masin?

salam bahagia semua..

satu bulan satu entry hampir hampir berjaya..
tadi mak may tanya kenapa air laut masin?
sebenarnya aku pun tak berapa pasti kenapa air laut tu masin sangat..
yang aku cuma tau garam banyak sangat kat  laut..sebab tu air laut sangat masin..
tapi secara teorinya aku ada google tadi..

pasti semua orang tertanya , mana datangnya garam kat laut tu?
sebenarnya garam garam minerals terhasil dari hakisan batu dekat sungai..
air sungai yang mengalir akan membawa sekali garam2 yg terhakis tu..
end point air sungai yang mengalir tu mmg ke laut..:)
sebab tu banyak garam terdampar kat laut..
hasil pemeluwapan yang tinggi dekat laut menyebabkan air laut sangat masin..

"kenapa air sungai tak masin plak?" tanya si kawan tadi..

yang ini aku tak mengkaji lagi..tapi mungkin secara logik akalnya air sungai sentiasa mengalir..
sebab itu air sungai tak masin sedangkan batu batu yang ada garam minerals ada dekat sungai..
ajaib kan?subhanallah..

dulu dulu aku suka mandi dekat pantai lido..ala, yg sempadan antara johor bahru dengan singapore tu..setiap kali aku mandi mesti aku tnye dengan adik aku..time tu masih kecik..darjah darjah mungkin.

"weh weh weh, jangan la mandi kat tengah tengah..nanti buaya terkam kita!"

"oit!dalam laut mana ada buaya!"

notabuku: sejak tu, aku mmg tanak mandi lagi sebab aku tau kalau takde buaya kat laut pun, mungkin jaws ada kat situ..siapa tahu kan?







Sunday, February 24, 2013

over a year

salam..

compilations of the pictures throughout the year..


kat sinilah darah darah tu aku kerjakan sampai sakit pinggang..lepas ni nak suro bos tukar kerusi ke kerusi yg boleh urut2 tu 


tu tu..penuh syringe kat atas meja..


 sebenarnya aku banyak termenung dari buat keje..nah!ini buktinya..



she's look like very concentrate doing her work..but its not applicable at all times.=P

lab coat tu aku guna time sejuk jek..kalau letak kat kerusi maknanya aku panas la tu


bukan kat sekolah jek ada whiteboard..kat tempat kerja pun ada jugak..tapi marker selalu jek kering..ceh!


meja untuk mengumpat..keh3


aku tak suka nak lrt..benci..ramai orang..semua muka mesti nak stress


penuh nota nota cinta..tapi sikit pun aku tak amek peduli


ni tempat letak ubat gigi..kenapa ada kat lab, aku pun tak tau..

octo!kalau stress sila pandang dia..nanti ko pun akan senyum sama..percayalah!


1 da pindah..tinggal lagi 6 orang..lepas ni 5 orang, 4, 3, 2, 1..keh3

notabuku: da setahun 2 bulan..bila aku nak balik johor bahru ni?




Saturday, December 15, 2012

Happy ending story

Salam,

Graf sepanjang tahun 2012..:)
graf ni dibuat semalam bersama dengan kawan-kawan..:D


nama graf ni graf hati ke hati sepanjang tahun 2012..nampak tak bentuk hati kat bawah tu?keh3
ada 2 bahagian, bahagian atas (happy) & bahagian bawah (masam sikit)..itu paksi Y nya..kalau paksi X plak menunjukkan bulan jan-dec..maaf, 0 tu tak dikira bulan..

bila graf tu mencanak naik kat bahagian atas (happy) tu menunjukkan zaman zaman kegemilangan aku tahun tu, eh?silap..bukan gemilang sangat la..cuma bulan yang mendatangkan kebahagian jek..ecewah!

meh aku summarisekan setiap graf kat atas ni..
bulan 1 -2 = graf tinggi lain macam sebab time ni dapat keje..punye suka tak ingat sebab da mengganggur lama kot..alhamdullillah..usaha usaha sampai berjaya..:)

bulan 3-4 = jatuh ke bahagian bawah (masam sikit) sebab terasa menyesal bekerja kat kl bukan sebab kerja tu tak seronok tapi cuma kena merantau saja..takpe, positifkan diri.semuanya ku amek sebab pengalaman..ye pengalaman!

bulan 5-7= kembali ke bahagian atas balik..sebab da dapat sesuaikan diri..:)

bulan 7-9 = kembali mencanak naik sebab da dapat confirmation & gaji naik.weehuu!alhamdullillah..:)

bulan 9-10= a bit drop ke bahagian bawah sebab ramai sangat orang beranak & secara otomatiknya sample kat lab berlambak2..itu zon yang paling tak seronok..

bulan 11-12= yeah!its the end of the year..and almost one year da bekerja!now, da bole tukar keje ke johor bahru..sila doakan semua.. aminnn!


notabuku: sebenarnya kalau nak happy ending story dalam hidup senang je, ikutlah apa yang Allah suruh & tinggallah apa yang Allah larang.. syurga tu aim kita untuk next life..happy kan ending kalau dapat sama sama masuk syurga?insyaAllah..:)


Saturday, November 3, 2012

on the other hand

salam..

hari ini tiba tiba rajin nak baca essay zaman zaman belajar dulu..
and suddenly 'on the other hand' words was crossed on my mind..should call it words or sentence ya?
dulu dulu masa kat sekolah, cikgu selalu cakap, kalau guna 'on the other hand, however, furthermore" nanti essay kita makin mantap..makin suka penanda nak baca and so on..
and I did used it in my undergraduates study..
dan entah kenapa aku suka sangat guna word 'on the other hand' ni..
kebetulan lecturer aku foreigner , she's from Aussie (maybe?).. not so sure..
tapi apa yang aku pasti komen yang diberikan on my essay itu sangatlah terkesan..

example:

on the other hand, bla bla bla bla..thus..it can bla bla bla.. and so on...
(after a few paragraph i still used the word 'on the other hand'-maybe 2 or 3 times in one essay)

then, dia bulatkan besar besar dekat 'on the other hand' tu..and  this is what she wrote:

 "how many hands do you have?are u a hindu God with so many hands?" (sila baca dengan intonasi yang garang)

OOO HHH MYYY ENGLISH!




how on earth she supposed to said like that?it even worse when she used the word "Hindu God" there..
#takde sensitivity langsung..nasib baik aku bukan Hindu..

ok..mula2 memang bengang jugak..sebab ini apa yang cikgu2 aku ajar masa sekolah dulu.
tapi bila pikir2 balik, dalam sains punya essay, you shouldnt use the transitions or coherence too frequent..
and when i try to check in the science journal, yes!its been proven! tak payah nak berbunga bunga sangat la bahasa nak buat essay ok?

aku terlupa aku amek bidang sains masa belajar dulu..but after all it still an english kan?tak salah kalau nak berbunga2 sikit ayatnya..bak kata cikgu aku. gembira si penanda tu nanti nak tanda kertas.. (tapi untuk case ni, aku sure lecturer aku rasa macam nak koyak2kan jek essay aku tu..huh!)

notabuku: luckily it happened in my first year..kalau tak sampai third year pun lab report aku berbunga bunga..huh!




Sunday, October 28, 2012

comel

Salam..

saya sedang bercuti..for almost 1 week!weehuuuu~
tiada lagi istilah samples, lab, harvesting, sepax, manual, bos dan yang sewaktu dengannya..
bahagia bukan main, bangun2 da ada sarapan atas meja..baju dalam bakul da sedia terbasuh..=D


semalam pergi bershopping sorang2..look what i've found!

                                                 comellll! terasa nak sepit 2 bijik kat si choco la!                                        

                   lagi 3 bijik baru sepit kat rambut aku..

         and a cute sock..


notabuku: I dont ever bother to buy the expensive things, i would rather buy the cikai one which  can give me satisfaction.:)



anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...