Sunday, February 24, 2013

over a year

salam..

compilations of the pictures throughout the year..


kat sinilah darah darah tu aku kerjakan sampai sakit pinggang..lepas ni nak suro bos tukar kerusi ke kerusi yg boleh urut2 tu 


tu tu..penuh syringe kat atas meja..


 sebenarnya aku banyak termenung dari buat keje..nah!ini buktinya..



she's look like very concentrate doing her work..but its not applicable at all times.=P

lab coat tu aku guna time sejuk jek..kalau letak kat kerusi maknanya aku panas la tu


bukan kat sekolah jek ada whiteboard..kat tempat kerja pun ada jugak..tapi marker selalu jek kering..ceh!


meja untuk mengumpat..keh3


aku tak suka nak lrt..benci..ramai orang..semua muka mesti nak stress


penuh nota nota cinta..tapi sikit pun aku tak amek peduli


ni tempat letak ubat gigi..kenapa ada kat lab, aku pun tak tau..

octo!kalau stress sila pandang dia..nanti ko pun akan senyum sama..percayalah!


1 da pindah..tinggal lagi 6 orang..lepas ni 5 orang, 4, 3, 2, 1..keh3

notabuku: da setahun 2 bulan..bila aku nak balik johor bahru ni?




Saturday, December 15, 2012

Happy ending story

Salam,

Graf sepanjang tahun 2012..:)
graf ni dibuat semalam bersama dengan kawan-kawan..:D


nama graf ni graf hati ke hati sepanjang tahun 2012..nampak tak bentuk hati kat bawah tu?keh3
ada 2 bahagian, bahagian atas (happy) & bahagian bawah (masam sikit)..itu paksi Y nya..kalau paksi X plak menunjukkan bulan jan-dec..maaf, 0 tu tak dikira bulan..

bila graf tu mencanak naik kat bahagian atas (happy) tu menunjukkan zaman zaman kegemilangan aku tahun tu, eh?silap..bukan gemilang sangat la..cuma bulan yang mendatangkan kebahagian jek..ecewah!

meh aku summarisekan setiap graf kat atas ni..
bulan 1 -2 = graf tinggi lain macam sebab time ni dapat keje..punye suka tak ingat sebab da mengganggur lama kot..alhamdullillah..usaha usaha sampai berjaya..:)

bulan 3-4 = jatuh ke bahagian bawah (masam sikit) sebab terasa menyesal bekerja kat kl bukan sebab kerja tu tak seronok tapi cuma kena merantau saja..takpe, positifkan diri.semuanya ku amek sebab pengalaman..ye pengalaman!

bulan 5-7= kembali ke bahagian atas balik..sebab da dapat sesuaikan diri..:)

bulan 7-9 = kembali mencanak naik sebab da dapat confirmation & gaji naik.weehuu!alhamdullillah..:)

bulan 9-10= a bit drop ke bahagian bawah sebab ramai sangat orang beranak & secara otomatiknya sample kat lab berlambak2..itu zon yang paling tak seronok..

bulan 11-12= yeah!its the end of the year..and almost one year da bekerja!now, da bole tukar keje ke johor bahru..sila doakan semua.. aminnn!


notabuku: sebenarnya kalau nak happy ending story dalam hidup senang je, ikutlah apa yang Allah suruh & tinggallah apa yang Allah larang.. syurga tu aim kita untuk next life..happy kan ending kalau dapat sama sama masuk syurga?insyaAllah..:)


Saturday, November 3, 2012

on the other hand

salam..

hari ini tiba tiba rajin nak baca essay zaman zaman belajar dulu..
and suddenly 'on the other hand' words was crossed on my mind..should call it words or sentence ya?
dulu dulu masa kat sekolah, cikgu selalu cakap, kalau guna 'on the other hand, however, furthermore" nanti essay kita makin mantap..makin suka penanda nak baca and so on..
and I did used it in my undergraduates study..
dan entah kenapa aku suka sangat guna word 'on the other hand' ni..
kebetulan lecturer aku foreigner , she's from Aussie (maybe?).. not so sure..
tapi apa yang aku pasti komen yang diberikan on my essay itu sangatlah terkesan..

example:

on the other hand, bla bla bla bla..thus..it can bla bla bla.. and so on...
(after a few paragraph i still used the word 'on the other hand'-maybe 2 or 3 times in one essay)

then, dia bulatkan besar besar dekat 'on the other hand' tu..and  this is what she wrote:

 "how many hands do you have?are u a hindu God with so many hands?" (sila baca dengan intonasi yang garang)

OOO HHH MYYY ENGLISH!




how on earth she supposed to said like that?it even worse when she used the word "Hindu God" there..
#takde sensitivity langsung..nasib baik aku bukan Hindu..

ok..mula2 memang bengang jugak..sebab ini apa yang cikgu2 aku ajar masa sekolah dulu.
tapi bila pikir2 balik, dalam sains punya essay, you shouldnt use the transitions or coherence too frequent..
and when i try to check in the science journal, yes!its been proven! tak payah nak berbunga bunga sangat la bahasa nak buat essay ok?

aku terlupa aku amek bidang sains masa belajar dulu..but after all it still an english kan?tak salah kalau nak berbunga2 sikit ayatnya..bak kata cikgu aku. gembira si penanda tu nanti nak tanda kertas.. (tapi untuk case ni, aku sure lecturer aku rasa macam nak koyak2kan jek essay aku tu..huh!)

notabuku: luckily it happened in my first year..kalau tak sampai third year pun lab report aku berbunga bunga..huh!




Sunday, October 28, 2012

comel

Salam..

saya sedang bercuti..for almost 1 week!weehuuuu~
tiada lagi istilah samples, lab, harvesting, sepax, manual, bos dan yang sewaktu dengannya..
bahagia bukan main, bangun2 da ada sarapan atas meja..baju dalam bakul da sedia terbasuh..=D


semalam pergi bershopping sorang2..look what i've found!

                                                 comellll! terasa nak sepit 2 bijik kat si choco la!                                        

                   lagi 3 bijik baru sepit kat rambut aku..

         and a cute sock..


notabuku: I dont ever bother to buy the expensive things, i would rather buy the cikai one which  can give me satisfaction.:)



Thursday, October 18, 2012

Megi

salam,

eh, terlangkah satu bulan la!sebenarnya niat di hati nak buat satu bulan satu entry..
tapi takpelah, tak tercapai matlamat diri tu..lagipun bukan ada orang nak kisah pun..=D
bulan ni nak cerita pasal makan megi hari hari dekat lab..
isy, kesian sangat da perut aku ni..asal lapar jek mesti nak menelan megi.
bukan apa, banyak sangat stok megi cup kat sini..
dorang ni rajin benor beli megi buat stok kat pantry..sabar jek la~
beli la spageti ke, bubur ke, kepsi ke, barulah rasa riang hati ni..

ada orang pesan jangan selalu makan megi, bukan sorang dua orang..tapi berorang orang da pesan benda yang sama..tapi entah..lapar sangat waktu keje..nak keluar makan, busy bukan main..
samples hari hari macam nak suro aku tidur kat lab jek..banyak betul orang beranak tahun ni..
ye la, bak kata bos aku, orang2 cina nak sangat lahirkan anak tahun naga..nah!padahnya lab aku penuh dengan darah hari2..

mungkin gambar shaheizy sam tu membuatkan aku lebih tertarik nak makan megi selalu..harap pihak mamee dapat menukarkannya dengan gambar yang lain..T_T


notabuku: minggu depan aku balik jb lagi..yeah!=D




Saturday, August 11, 2012

tanggungjawab

salam bahagia semua..

"dila, nak syampoo sikit!"
"yan, sekali!sumbatkan sekali baju aku tu dalam mesin basuh"
"hari ni kita makan sardin jek la ye"
"eh, ko da solat?yok jemaah!"
"bangun!bangun!da pukul 7 da ni..subuh gajah la jawabnye ni"
"hari ni da ngaji?"
"umi, gorengkan nuget sekali..alang2 ko tengah menggoreng tu"
"ok, jangan lupa listkan semua barang2..nanti kat tesco senang."
"eh, jangan lupa bayar bil internet..kang kena potong kang."

and etc etc

seronok sebenarnye duduk dengan kawan-kawan..
rasa mcm lebih berdikari dari duduk rumah family..
terasa mcm semuanye kena buat sendiri..
kalau dulu2 makanan semua sudah terhidang atas meja, tapi kali ni kita la yg kena menghidangkannya..
kalau dulu-dulu baju semua sudah siap dibasuh, dilipat semua, tapi kali ini tidak lagi..
kalau tak basuh baju alamat mmg tak berbaju la engkau esok hari..eh?jangan2!
bukan tak biasa duduk asrama, atau duduk jauh2..tapi kali ini perasaannya sudah lain..
zaman belajar dan zaman bekerja amat jauh jurang bezanya..
bila sudah bekerja, tanggungjawabnya sudah lain..
terasa lebih matang  bertanggungjawab dari sebelum-sebelum ini..keh3..



nota buku: sudah tiba masa untuk aku menjadi lebih serius..ye!lebih serius!:D





anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...