Friday, March 30, 2018

pengalaman beranak


Salam ceria semua,

Subhanallah, walhamdullillah, Allahu akbar..
Alhamdullillah untuk segala kecukupan rezeki sehingga ke hari ini,.
Teringat sewaktu melahirkan bayiku 8 bulan yang lalu. Perasaan takut sentiasa ada dari sewaktu disahkan hamil sehinggalah tibanya waktu untuk melahirkan.
Kuatnya wanita ni apabila mulut, hati sentiasa ada perasaan takut, gerun, nervous..tapi bila saatnya melahirkan semuanya terasa mudah dan indah..

15/7/2017
39 minggu. Ada tanda turun darah.
Pi hospital, cek bukaan jalan masih 0cm.
kena halau balik ngan nurse. nah! balik kau sana!

16/7/2017.
Turun darah macam biasa. Tapi nurse da pesan suruh stay je rumah sebab belum sakit.

17/7/2017
40 minggu genap. Due date baby.
Tapi baby maintain je dalam perut main tendang tendang macam biasa.

18/7/2017
8.00am-5.00pm
waktu ni tak sedap hati. Siangnya pegi tumpang rumah hajar. At least kalau rasa nak terberanak, hajar kan ada..hehe
kekerapan contraction: 30-45 minit sekali
sambal borak sambal cangkung & jalan itik.
Petang tu sakitnya lain macam, nak senyum pun rasa kelat.

6.00pm
Sempat singgah hutan bandar mutiara rini sebab nak kasi bukaan tu cepat sikit.
Singgah 10 minit je sebab da tak larat sangat nak jalan.
Ha, terpaksa la kena papah sebab da takde tenaga nak jalan.

10.00pm
Pergi HSA untuk cek dilation.
Da siap bawak beg ibu dan baby sebab takut kena warded.

11.00pm
Bukaan jalan : 4cm
Kekerapan contraction: 30 minit sekali
Time ni nurse da suruh warded.

19/7/2018
1.00 am
Da warded- alone- wad kosong- scaryyy!
Kekerapan contraction: 30 minit sekali tapi lagi power sakit dia.
Amek towel gigit kuat kuat masa contraction. Fuhh

2.00am
Makcik cleaner masuk wad sbb nak kemas..i was like? Huh!
Then siap cakap "wad ni da lama kosong, da berbulan bulan, baca ayat quran banyak2 k. "
Then dia keluar wad. Dalam pikiran aku, jelmaan hantu ke tadi?

3.00am
Kekerapan contraction: 20 minit sekali
Tahap kesakitan: pinggang mcm nak patah. Macam biasa towel jd mangsa gigitanku.

5.45am
Masuk je subuh, pelan pelan jalan ke surau untuk solat, tak payah ganti solat nanti.
Time ni nak cangkung pun da tak bole.
Semuanya terbatas. Tawakal je la solat gaya mcm mana pun..darurat da.

6.15am
Pi kaunter nurse dan menyerah diri. Suruh nurse cekkan jalan sebab da x tahan sangat.
Kekerapan contraction: 10-15 minit sekali
Bukaan jalan : 6cm
doktor da suruh masuk labour room. 
Doktor pecahkan air ketuban, splashhh! Macam air terjun rasa basahnya tu.
Mintak tolong nurse amekkan kurma dan air masak sebab satu malam x jamah apa apa.
Macam mana nak teran kan. Mintak tolong nurse telefonkan suami sekali.

8.00am
Labour room.
Kekerapan contraction: ha yang ini memang lagi super duper power sakitnya. Selang 10 minit sekali plak tu.
Aku gigit baju suamiku masa contraction. Untung dia, aku tak tarik tangan dia untuk gigit.
Kalau tak, memang kena jahit da agaknya tangan dia.
Bukaan : 8cm
Asyik menjerit je, nak berak!nak berak!

9.00am
Da tak tahan sangat.
Bukaan jalan : 10 cm full!
Semua nurse da kelam kabut, teran punye teran.. nah kau!
Allahuakbar, lahirlah seorang putera cilik hensem bergaya persis david beckam lahir ke dunia.

9.30am
Proses menjahit berjalan. Ok.yang ini x payah cerita sebab jahit ni mmg sakit sangat.
Time ni menangis je la sampai abes jahit 2 jam. Fuhhh

nota buku: Alhamdullillah, semuanya dimudahkan Allah.  Lain kelahiran, lain dugaannya. Ini dugaan aku, mungkin akan datang dugaannya lain pulak. J  


 salam perkenalan dari saya Abqori Hafiz





Friday, March 17, 2017

clapclap

Salam bahagia semua, 

banyak sangat perkara yang nak diceritakan kat blog.. tetapi sebab terlalu banyak, sampai tak tau nak di'compress'kan macam mana kat sini..alhamdullillah untuk semua yang berlaku.. terlalu indah semuanya walaupun banyak jugak yang berduri..ouch!
kita tolak yang berduri itu ketepi dan kita ketengahkan yang indah-indah belaka..
yang penting suami dan keluarga terdekat sentiasa di sisi..

ohh yaaa..nani is getting married next week! so happy for her..#clapclap
and tasya will follow her a week after that... #doubleclapclap


notabuku: itu saja yang aku bole compresskan di sini..selebihnya kena simpan saja...:)

Monday, June 20, 2016

ramadan

salam ramadan,

15 ramadan hampir melabuhkan tirainya,
hanya berbaki 15 hari lagi untuk umat Islam berpuasa,
Alhamdullillah wa syukurillah,
semuanya dengan izin Allah..
tahun pertama berpuasa bersama suami yg tersayang :),
tahun pertama menjadi surirumah 'part time',
tahun pertama berbuka puasa di rumah mertua,
tahun pertama berbuka dan bersahur kena sediakan sendiri..
segala-galanya nampak baru dan segar,
dan aku mengharapkan 10, 20  tahun dan sehingga ke akhir hayat akan datang pun menjadi 'fresh' sebegini.

mari kita rebut laju-laju  peluang ke syurga.. setiap amal kebaikan akan digandakan... :)


Friday, April 29, 2016

peralatan yang perlu ada di rumah baru

salam ceria semua,


Tips untuk menyenaraikan barang-barang yang perlu ada di rumah baru atau rumah sewa.
dulu-dulu tak terfikir pun camne nak set up rumah, semuanya mak yang uruskan..
tapi laaa ni..da kena amek tau yang mana kehendak yang mana keperluan untuk permulaan hidup di rumah baru..

meh, ku cube listkan apa yang barang ku pikir penting kat rumah baru atau sewa nanti..

1. Tempat tidur

Teringat masa pi kursus kawen aritu, ustaz ada tekankan

" tempat tidur adalah bnda yang paling utama sekali kena beli sebelum beli peti ais atau mesin basuh"  sambil menyengih ustaz tu cakap..hewhew

tapi bagi aku kalau masih duduk di rumah sewa, cukuplah sekadar beli yang mampu saja.. permulaan hidup kan?kalau semua pakat beli yang branded2 mahal2..memang terover bajet la perbelanjaan untuk bulan pertama kahwin nanti..

woot woot!this is very nice!ok masuk dalam list!tunggu rumah sendiri nanti

2. Peti ais

Since zaman sekarang ini harga makanan diluar harga yang dikatakan cekik darah...apalah sangat kalau kita masak dan makan di rumah bersama-sama.. ye dok? murah, sihat, dan cepat... so peti ais antara salah satu peralatan yang kena ada untuk simpan makanan.. cuma kena rajin sikit untuk nak masak especially bila balik keja..we will see later..
tapi penah terbaca ada orang buat peti ais sendiri untuk sementara waktu ...gunakan gabus isi ais yang warna putih tu dan diletakkan ais di dalamnya..

contoh: lepas beli ikan atau ayam, siang semua dan letak dalam gabus berisi ais tu..simpan sehingga mahu masak..tapi masa penyimpanan tidak bole terlalu lama..

3. Mesin basuh

Disebabkan sekarang zaman semua bekerja, baik perempuan dan lelaki.. maka tugas membasuh baju kita pass kat mesin basuh..hehe..

cepat, mudah, dan mesra.... :D

4. Dapur gas
ha yang ini penting..ada peti ais tapi tak de dapur pun tak jalan jugak..kalau duduk kat kawasan hutan bole la cari kayu api buat masak..tapi kalau duduk kat tgh2 bandar..nak tengok pokok hijau pun payah, so tolong ketepikan angan2 nak masak guna kayu api ye..

laa ni banyak dapur gas harga yang mampu milik.. bole cari kat sekitar mydin, giant dan supermarket yang lain..yeay!

5. Peralatan masak

Biasanya pasangan yang baru berkahwin, dia tak beli barang2 masak dulu...mengharapkan hadiah2 yang diterima dari kawan2 atau sedara mara..hewhew.. bukan kedekut, tapi ini satu strategi ekonomi masa kini.. :P

I wish I could have all of this!kalau ada anak 10 pun tak perlu kot banyak2 barang camni..pengsan~~

6. Meja makan

terpulang pada individu masing masing..ada orang da memang dilatih mesti makan di meja makan, tempat lain tak boleh makan.. so meja makan wajib ada kat rumah baru atau rumah sewa..

tapi untuk aku..aku rasa makan bersila bentang tikar kat atas lantai pun takde masalah..sbb kami mmg dilatih untuk makan dimana mana saja asalkan bersih dan selesa..sbb kat rumah selalu meja makan bukan tempat untuk makan..tapi untuk letak lauk saja...makannya kat merata rata tempat jugak.. 

7. Penyidai Baju

ha!ini perlu beli... nanti baju tak tau nak sidai kat mana..kalau rumah yang disewa itu sudah ada kemudahan untuk menyidai baju, sudah cukup bagus.. :D

tidak perlu beli yang mahal2 besar2..cukuplah sekadar yang mampu dan berkualiti untuk permulaan hidup.. 

8. Televisyen

kalau ada lagi bagus..tp kalau ikutkan TV termasuk dalam kehendak bukan keperluan..kalau ada 'extra budget' bolehlah kita membeli tv..yeayyy!


Notabuku: moga moga dimurahkan rezeki selalu... aminnn






Monday, April 4, 2016

bahagia

senyuman dengan penuh ceria..

semalam kena saman dengan jpj sampai hari ini aku rasa nak senyum bahagia sahaja..
entah kenapa tak perasaan lesenku sudah mati sekitar 4 bulan yang lepas..
selalunya bila ada roadblock pegawai tu dengan tenang hati lambai tangan dan merelakan kereta ku jalan tanpa ditahan..
tapi semalam..
semua kereta dibiarkan berlalu, tetapi keretaku ditahan..

' lesen cik.'

sambil seluk wallet dan dengan muka tenang pass lesen..
sebelum pass lesen tu sempat menjerling ke tarikh mati lesen tu..

''ohh no!januari 2016!'' muka da start panik..

'sy da ada instinct mengatakan lesen awk mati, sebab tu sy tahan kereta awk ni'

ok..muka pasrah n redha..





notabuku: harini pi UTC sbb nak setelkan saman, tapi saman masih belum masuk sistem..apakah?


Friday, March 25, 2016

Diskriminasi

Salam ceria,


Diskriminasi sana sini,
baru baru ni terbaca kat majalah infiniti..
tembok pemisah yang dibina hanya untuk mengasingkan si kaya dan si miskin di Peru..

Tembok itu dibina setinggi 3.5m dan di atasnya dilapisi kawat berduri untuk mengelakkan kota si kaya diceroboh.. Madness!

Dan dianggarkan panjang tembok yang dipanggil Wall of Shame (Dinding rasa malu) itu sepanjang 10km.. jarak antara tembok dan kota si kaya sangat jauh walhal jarak kampung si miskin dengan tembok hanya beberapa meter saja..




sebelah kiri gambar ialah kampung si miskin, sebelah kanan pula ialah kota si kaya


notabuku: guys!this is not right!dunia makin lama makin kejam.tolong!manusia semakin tenat..:'(

anda terpilih untuk memilih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...